Friday, 25 July 2014

Kucingku - Bebe

BEBE



       Inilah Bebe(cara sebutannya adalah Bear Bear), kucing kesayanganku. Comel x? =P Kakak kita yang bagi nie. Masa tue kakak nak pindah rumah, adalah kucing terbiar ni beranak kat sebelah rumah yang kosong. Agak-agak anak kucing uh dah boleh berdikari, kakak pun amek. Ingat nak ambil semua anak-anak kucing tue tapi jiran sebelah menyebelah dah kebas dululah. So, tinggallah Bebe. 
       Bebe kita bela dari kecil lagi. Memang jaga baiklah. Ialah kan baru dipisahkan dari ibunya so kita pun xlekanglah dari Bebe sampai bawak tidur setiap malam. Haa, setiap malam tue jugaklah mak kita asyik membebel jek (takut Bebe buat 'hal') tapi kita janji, anything kita akan bertanggungjawab.
       Bila kita nak pergi kerja, semestinya Bebe akan dikurung. Kesian dia ='( Bila tamat jek waktu kerja, kelam kabut kita balik rumah. Sampai-sampai jek kita lepaskan dia, bagi dia 'melepak' kat luar tue. Jenuh jugaklah nak tunggu. Huhuu.. kadang bila dia hilang dari pandangan, kita teriak "Bebe", nanti muncullah Bebe sambil berlari-lari anak. Comel kan??





       Bila ada waktu terluang jek, kita selalu memanjakan Bebe. Mandikan dia. Belai dia. Bawak Bebe pergi jalan-jalan. Perkara yanag paling kita dan Bebe suka "Ujian Ketangkasan".
       Time Bebe kecik lagi, adatlah kan kecik lagi, punyaler lembab tapi sekarang Bebe memang bijak. Kalau kita sorok mainan kat sebelah kiri kita, dia mesti get ready nak serang sebelah kanan kita. Huhuu.. Detik yang terindahlah.
       Part yang kita paling suka, and part nie lah Bebe akan nampak tersangatlah letih, bila kita nak Bebe lompat untuk capai mainan uh. Perghh, selagi Bebe berkemampuan nak melompat, setinggi-tinggi alam Bebe lompat. Ayah, kalau tengok Bebe lompat or menunjukkan aksi yang ter B la, ayah mesti ketawa. Happy sungguh ayah. Hehee.. Bangga nie.. Mak kalau tengok tersengih jek. Mak kita pendiam skit.. =)
       



       Yang kita tak boleh blah, Bebe nie suka menggigit. Dan selalunya jari kitalah yang jadi mangsa. Hahaa.. Bila nak belai Bebe, mulalah Bebe menggigit. Mungkin itu cara Bebe bergurau, bermanja dan bermesra dengan aku. 

     Tapi sekarang nie, Bebe dah takde lagi. Betapa aku rindukan Bebe. Bebe pergi meninggalkan aku semase aku tengah sarat nak bersalin anak kedua. Masa tue aku berada di rumah mertua. 

     Selepas bersalin dan aku berpantang di rumah mak ayah, barulah aku tahu Bebe dah xde. Dia pergi semase aku tiada di rumah.

     Rindu sangat kat Bebe. Moga kita berjumpa di syurga ya Bebe.


25 July 2014