Thursday, 30 November 2017

Penjagaan Ketika Anak Lelaki Bersunat

Sekarang ni musim sunat.
Saya dah jumpa ramai budak yg sudah bersunat, di bawa ke klinik utk di periksa luka sunatnya. Majoriti nya dtg setelah 5 - 10 hari lps sunat, dgn masalah " luka tak sembuh " / " bengkak/ bentan" / " byk kulit + darah kering atau keruping melekat. Ramai parents yg risau  terutamanya mak mak.


Ini nasihat saya pada mereka, yg mana boleh anda gunakan juga:

1- Lepas sunat, balutan gauze tu perlu di buka setelah 48jam. Paling lama pun 3 hari. Utk 48jam pertama, hujung lubang penis tu perlu di cuci bersih setiap kali lepas kencing.

2- Setelah balutan gauze dibuka, luka sunat perlu di cuci ( wound dressing). Boleh cuci dgn normal saline yg boleh di beli diklinik/farmasi. Cuci lah 3-4 kali sehari, cuci perlahan lahan, dan tekap perlahan lahan dgn clean gauze utk keringkan ia. Saya sendiri guna hair dryer kpd anak saya masa dia sunat dua tahun lepas. Caranya ialah lps dressing, set kan hair dryer ke suhu biasa, dan acukan angin tu ke kawasan penis. Dgn cara ini, kawasan tu akan lebih kering ( kurang risiko infection). Masa mandi, dah boleh kena air, cuma jgn di gosok kuat/ sental utk cuba tanggalkan keruping. Biarkan. Bila selalu di dressing + kena air masa mandi, ia akan luruh sendiri.

3- Masalah yg kerap terjadi iaitu dtg ke klinik lps sunat " kulit keruping byk melekat" boleh di elakkan jika amalkan step no. 2 dengan istiqomah. Mmg ramai juga yg dtg dgn keruping byk gila bertempek kerana tak buat dressing langsung. Antara cara mudah nak luruhkan keruping yg byk ni, ialah rendamkan penis tu ke dlm bekas kecil ( mcm bekas paper cup corn in cup) berisi normal saline. Biarlah dlm 3-5 min, ulang la 3-4 kali sehari.

4- Bengkak di sekitar kawasan luka sunat yg masyarakat kita gelar bentan, actually normal process.Lepas surgery, bengkak sedikit tu normal. Yang abnormal ( infection) ialah kalau bengkak besar sgt + kulit tu warna merah + maybe ada cecair likat dah nak mcm nanah. Dan bengkak sebab infection menyebabkan rasa berdenyut sakit, maybe disertakan dgn demam, maybe kelenjar di groin boleh bengkak sekali.

5- Perlu saya nasihat tentang point no.4, kerana kepercayaan masyarakat kita, budak lepas sunat tak diberi byk air ( mcm org lepas bersalin). Saya jumpa byk kali kes mcm ni. Kesian budak tu kehausan. Dehyrated. Bagi minum secukupnya. Ingat, bentan tu normal process utk sembuh, dan air yg diminum tak pergi kat penis tu( menyebabkan bentan, kononnya). Tentang berpantang makan, jujurnya, tak payah la pantang. Makan la ikan, ayam, sayur, telur, buah buahan tu semua. Nutrisi yg mencukupi penting utk proses sembuh yg cepat. Kicap tak pergi ke penis, maka jika anak tu teringin nak mkn kicap, bagi lah. Kalau kulit mmg gelap, maka gelap la ia disitu, takde kena mengena dgn kicap. Kuning telur berkhasiat, dan ia juga tak pergi ke penis jadi nanah, maka bagi lah anak makan telur lepas sunat.

6- Tak semestinya kena pakai kain pelikat. Asalkan tau cara nak elak kepala penis tu bergesel dgn kain, maka nak pakai seluar pun boleh. Caranya, guna bekas corn in cup tu, dan buang dasarnya utk ventilation. Rasa ngilu bila kepala penis tu bergesel dgn kain mmg normal. Ye la selama ni dia duduk terlindung di dalam kulit. Beri masa at least 1-3 minggu lepas sunat utk anak tu jadi disensitized kepala penis nya. Kena beri galakan pada anak. Kat sini peranan ayah/ abang tu perlu, sebab kalau mak, dia mmg terlebih caring dan manjakan budak lepas sunat.  Perlu juga byk gerakan setelah 3 hari bersunat. Jgn asyik baring je layan tablet.Bergerak la ke dapur, ke depan, jalan2 sikit. Jgn pulak berlari atau gigih main futsal tak sampai seminggu sunat, ni mmg saja cari penyakit.

7- Ubat tahan sakit selalunya mmg diberi lps sunat. Makan la bila perlu. Sesetengah doktor bagi antibiotik, maka pendapat saya, makan lah dan ikut aturan.

8- Jumpa doktor jika tak pasti dgn perkembangan lepas sunat. Antara simptom yg perlu di beri perhatian ialah demam / sakit masa kencing / darah byk keluar dari tempat jahitan /  bengkak yg di suspect infection( rujuk no.4).

9- Secara umumnya, sunat cara berjahit lebih cepat sembuh berbanding sunat cara clamp. Sunat berjahit ambik masa yg lama sikit masa prosedur, namun tak perlu derita 2 kali. Kalau sunat clamp, masa nak bukak clamp tu ada masalah clamp melekat kuat, maka tu yg jadi derita kali kedua. Boleh tahan sakitnya tau nak tarik keluar clamp tu. Sebagai parents, kena tahu pro & con setiap teknik sunat. Bila dah faham, baru decide. Kelmarin saya dpt satu kes si bapa bwk anaknya yg dah 5 hari sunat utk diperiksa. Saya saja tanya " anak sunat guna clamp ke cara biasa?". Si ayah boleh jawab tak tahu. Dia hantar je anak ke acara sunat beramai ramai anjuran surau taman 😂😂

Kredit to Khairul Faizie

Wednesday, 29 November 2017

Biodata Rasulullah S.A.W

*BIODATA RASULULLAH S.A.W*



🖌 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

🖌 *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

🖌 *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

 *USIA 5 TAHUN*

💓 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

 *USIA 6 TAHUN*

💓 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

 *USIA 8 TAHUN*

💓 _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

 *USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.

💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

 *USIA 20 TAHUN*

💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

*USIA 25 TAHUN*

💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

 *USIA 35 TAHUN*

💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

 *USIA 40 TAHUN*

💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

*USIA 53 TAHUN*

💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

*USIA 63 TAHUN*

💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*

💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚Saudah Binti Zam'ah.
💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*

1.💜 Qasim
2.💜Abdullah
3.💜 Ibrahim
4. 💜Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜Ummi Kalthum
7.💜Fatimah Al-Zahra '

*ANAK TIRI RASULULLAH SAW*

💙Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

*SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW*

*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

*BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW*
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

*Sabda Rasulullah SAW:*
_"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_.  _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam_
_syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

 *KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*

💓Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_

💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

💞Aku melihat cahaya dari lidahnya.

💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.

💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

💞Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

💞 Wajahnya seperti bulan purnama.

💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

💞Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.

💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.

💞Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.

💞Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

💞Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.

💞Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

💞Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

💞Rambutnya sedikit ikal.

💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.

💞 Rambutnya terbelah di tengah.

💞Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.

💞Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.

💞Seimbang antara kedua bahunya.

💞Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.

💞Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

💞Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

💞Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

💞Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.

💞Warna putihnya lebih banyak.

💞Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

💞Warna kulitnya putih tapi sihat.

💞Kulitnya putih lagi bercahaya.

💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

💞 Badannya tidak gemuk.

💞Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.

💞 Perutnya tidak buncit.

💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

 *KESIMPULANNYA* :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

*Catatan :*
_Boleh Kirim kepada yang lain lainnya Untuk mengenal Baginda dan mencintainya_

Tuesday, 28 November 2017

Parenting - Yang Salah Tetap Salah

Assalamualaikum.. Harinie 29November2017. Dan ayat ini saya dapati dr sahabat saya StylishLady.. 

Alkisah..

Ini adalah contoh biasa bila dia frust sedikit things do not follow his ways . Tapi alhamdulillah, peratusan dia betul2 overload dah turun banyak sangat . Sekurang2nya dia boleh ditenangkan .
.
Tapi of course lah, dalam 10 frust tu akan ada 2 yang dia sampai jadi meltdown kow2 punya . Oklah kan dua .. haha.
.
Segalanya Allah punya kerja. Kita??? Kena sabar jerk . Bukannya anak kita saja2 nak duga sabar kita .
.
Aku cuba nak share apa aku fikir bila anak sedang cuba nak hilangkan sabar kita .
Tanya---
Tanya diri sendiri .
.
Anak2 serap segalanya yang lalu deria dia . Semua kena konsisten . Kalau kita nak ajar benda betul---kita kena cakap benda betul untuk dia dengar, buat benda betul untuk dia nampak . Kena sungguh2 maka dia akan rasa .
.
Macam kita suruh anak cepat2 solat, tapi kita masih main henfon sampai hujung waktu . Macam mana anak nak taat buat?
.
Banyak aku kena betulkan lagi . Padanlah Allah kata anak ni amanah . Bukan boleh saja2 .
.
Apa pun---anak adalah anak . Kasihan kan dia . Jangan sebab kita tak bijak jaga sabar---kita buang atas dia .
.
Mentang2 la lepas cepuk dia kita boleh minta maaf dengan belikan mainan dan dia maafkan---
Yang salah tetap salah .
.
Kesian dia---
Kita dah tua pon kadang2 salah buat keputusan .
.
Apa lagi anak2 kita .
.
#MazreenMohamad



Monday, 20 November 2017

Soopa Doopa disekolah

Assalamualaikum .. 16November2017 : 7.34am

Baru jek pas hantar Aisyah ke kelas. Harini nak beli makann kt kantin skola. Layankanlah aje. Walau ummi xd bajet. Bertabahlah wahai surirumah 😅

Semalam tamat sudah Hari Kanak2 dan Mini Kokurikulum kt sekolah. Semua program dia nak join. Main buble giant, soopa doopa, naik kereta lembu. Haaa y nie legend. Nyesal ummi xnaik sama 🤣 Moga tahun depan ada lg 😅 



Makan ice cream. Makan ice cream lagi. Lastly, jumpa cikgu mnta izin nak balik. Seronokla dia. Ummi? Berbelang muka dbuatnye 🤣 Xpela. Anak gembira dan nikmati dunia kanak2nya. Alhamdulillah..

Okay harini.. ummi amek masa dlm kelas. Tgk keadaan kelas. Dlu kelas ni kosong. Sekarang penuh warna warni. Kelas baru katekan. 

Dr sebuah kantin jd kelas no3. 😊 Hasil tangan cikgu Husniah dan parents jgk anak2 PraMelati. Bangganya.

Xlama lagi, tamat sudah alam persekolah bagi prasekolah. Sekjap jk. Rase mcm.br semlm dorunk masuk skola nanges2 😭😭 Comelnyer. Sekarang! Xnanges dah. Alhamdulillah pandai jaga diri, adapt dgn keadaan sekeliling, memahami dan berkawan sama2. Semangat setia kawan PraMelati. Cewaahhh ..


Banyak jgk y berlaku sepanjang persekolahan nie. Ada jk masalah. Masalah2 yang pttnye xptt wujud pun. Masalah y manusia sendiri wujud sendiri. 

Aku fikir, masih ada lagi sisa baki manusia jenis nie. Bilalah melayu nak berkembang dan jangan jadi bangang. 😅 Zaman dah super moden rasenyer .. tp pemikiran masih kekal. Bila nak berubah ?
Dunia xkejam. Manusia y kejam.


Moga anak2 kt mampu mengoncang dunia dgn merubah segala mengikut cara Islam. InsyaAllah .. Jadilah kalian khalifah2 y berjaya dunia dan akhirat. Aaminnnnn

#MazreenMohamad

P/S: Baru sempat nak post 😊

Sunday, 29 October 2017

Diari Hati 001

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang setia. Cewahhh.. ada ke pembaca setia tu? Kikikikiiii .. Harinie 30Oktober2017.

Bulan y mmg totally down dgn diri sendiri. Keyakinan rapuh dan tenggelam. Rs sunyi dan kosong. Hanya Allah peneman dan pendengar setia.

Moga November bulan penuh semangat. Rezeki melimpah ruah tanpa halangan. Aamiinn..

Anak2 pun makin membesar. Makin bijak. Makin panjang celotehnya. Membesarlah dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Solat puasa jangan tinggal kecuali uzur okay. Moga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah. Aamiinn..



Jomlah kita sentiasa bersedia dengan apa jua y melanda. Moga dikuatkan hati dan cekal dengan segalanya.

Fighting ..


Sunday, 1 October 2017

Kelebihan Caife Moisturizing Kiss

Kelebihan Caife Moisturizing Kiss
 Lipstik berasaskan kopi sebagai bahan utama yang berupaya merawat masalah bibir seperti bibir gelap dan sensitif.
 Menggunakan 100% ekstrak semulajadi untuk melembapkan dan melembutkan bibir.
 Mencantikkan dan menyerikan bibir sambil merawat bibir secara sihat.
 Penggunaan yang berterusan menghasilkan bibir pink secara semulajadi.
 Penyeri warna bibir mengikut suhu badan dan pH bibir.
 100% bebas kimia berbahaya.
 Paraben free.
 Silicon free.
 Mesra wuduk dan solat. Mudah dicuci dan boleh dibawa solat tanpa ragu-ragu.


Bahan-bahan yang digunakan CMK

Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi dan berkualiti:

VIRGIN COCONUT OIL:
-Memelihara bibir dari sinaran uv.
- Sesuai digunakan pada bibir yg mudah kering samada di tempat berhawa dingin atau negara yg cuaca sejuk.

OLEA EUROPAEA FRUIT OIL:
-Menjadikan bibir kelihatan lembab dan bebas daripada kekeringan.
-Menjadikan warna bibir kelihatan kemerah-merahan.

BEESWAX:
-Mengubati bibir kering
-Melembabkan bibir
-Mengganti sel kulit yang mati.

COFFEE
-Melembutkan dan mencantikkan bibir

ARGAN OIL
-Menyembuhkan bibir yang pecah.
-Menjadikan bibir lembut dan halus dengan khasiat Vitamin A dan Vitamin E.

VITAMIN C PALMITATE
-Meningkatkan penghasilan kalogen pada bibir.
-Mencerahkan bibir
-Membantu menyembuhkan bekas luka kering bibir.


Im Still Trying

Assalamualaikum.. 29September2017

Aku bukanlah seorang ummi y baik mahupun Ummi y lemahlembut. Aku masih belajar menjadi seorang ummi y dihormati anak2. Masih belajar menjadi seorang ummi y bijak mengawal situasi anak2. Masih belajar menjadi seorang ummi y disayangi anak2. Anak seramai 3orang. 5 tahun. 3 tahun. 2 tahun.

Penat? Letih? Pengorbanan? Marah? Bengang? Ya semua ada. Sampai satu tahap aku rasa y aku gagal menjadi seorang ummi pada mereka. Mana silap aku? Banyak silapnya Eryn. Ko jek y tak nampak atau pura2 xtau. Selfish!

Aku masih cuba mengawal tahap kemarahan. Kadang2 terbabas dengan satu tengkingan dan diakhiri dengan penyesalan. Mudahnya termakan hasutan si ibliskan.

Namun, anak2 tetap sayangkan ummi. Sucinye hati mereka. Ummi sayang anak2 ummi. Moga ummi sentiasa disayangi dan dihormati.

Im trying and still trying. Dan kejayaan akan nampak apabila anak2 ummi.membesar menjadi seorang yang ummi kagumi dan hormati. Aamiinn.. InsyaAllah moga diperkenankan doa2 ummi.



Mazreen Mohamad

Thursday, 28 September 2017

Kalau Bukan Sekarang Bila Lagi, Oh Anak

Assalamualaikum .. 28September2017 : 8.23am

Bila tengok2 ibu ibu ayah ayah hantar anak ke sekolah rendah .. Rasanya baru semalam si ibu si ayah timang2 anaknya yang masih kecil lagi.

Bila tengok2 lagi, betapa tinggu harapan si ibu si ayah utk melihat anak mereka berjaya dunia dan akhirat.

Dan aku, seperti mereka2 si ibu si ayah yang inginkan anak2 berjaya dunia akhirat. Di samping boleh tahu mana baik mana buruk. Mana emas mana permata mana kaca. Mana yang tulen mana yang palsu.

Zaman sekarang semua dihujung jari. Dan macam2 berita yang keluar sana sini. Ilmu yang macam2 juga. Dimana silapnya? Kita manusia yang mampu merancang. Tapi kita juga ada tanggungjawab yang harus dijaga. Amanah yang harus diperhatikan setiap masa tanpa alpa.

Kalau kita sebagai si ibu si ayah yang tak mulakan dari awal, bila lagi nak dimula!
Kecil2 harus diajar rasa hormat. Rasa tanggungjawab. Rasa amanah. Rasa kasih sayang. Rasa semangat kekeluargaan. 

Jangan dilupa ingat selalu yang ALLAH sentiasa ada. Syukur denganNya.
Kalau kita sebagai si ibu si ayah yang tak mulakan dari awal, bila lagi anak2 nak capaj eq yang paling diperlukan pada masa sekarang nie?

Apakah kita sebagai si ibu si ayah yang harus dipersalahkan? Atau nak disalahkan pada guru2 yang xberikan didikan yang sempurna? NO! Masing2 ada tanggungjawab dan amanah. Jangan pentingkan diri jek.

Selamatkan pemikiran dan kepercayaan anak2 kita. Jangan ditunggu lagi. Luangkan masa. Berikan kasih sayang. Dan ajari mereka erti hidup sesama manusia, haiwan, tumbuh2an juga alam.

Moga, kita mampu selamatkan masa depan anak2

Kalau tak dimulakan dari sekarang? Bila lagi??!!


Makin ramai anak2 yang membesar menjadi sombong bodoh! Tiada rasa hormat. Tiada rasa belas ihsan. Tiada pemikiran yang jauh ke hadapan (pemikiran semakin ke belakang). 

Selamatkanlah. Kalau kita si ibu si ayah tak mulakan dari sekarang, bila lagi? 



MazreenMohamad

Sunday, 24 September 2017

Just Another Day

Just another day .. 25September2017

Seminggu duduk kat rumah mak ayah. Ulangalik dr Padang Temu ke Ayer Keroh hantar anak ke sekolah. Fuhh.. merasa jgkla penangan minyak motor 😅 4Hari persekolahan. Memandangkan Jumaat cuti Awal Muharram. Salam Maal Hijrah pembaca 😊 Moga segalanya baik2 bt kt semua. Aaminn..

Dan harinie, ke sekolah seperti biasa. Apalah ummi nak masak tghari nnt ya 🤔 Surprise me my brain 😅

Harini seperti nak kena mop bilik atas tu. Cuci tandas. And susun apa2 y patut. Yela, ada pertukangan minggu lepas membuatkan kami kena stay kt kampung seminggu.. huhuu..

Apa2 pun, anak2 happy walau xdpt bwk dorunk jalan2 sangat. Semalam ajek la sempat bawak dorunk jalan2 dan main playground. Ummi pn tumpanglah berjalan kaki seround. Kot2 ley hapuskan lemak seinci 🤣

Moga kita semua dilindungi dr fitnah dajjal dan diberikan rezeki y berlipat ganda.


Setiap hari, pastikan senyuman xlekang dibibir. Salah satu sedekah yang manis sekali.

So long my dear ..
Mazreen Mohamad

Wednesday, 20 September 2017

Lawatan Sambil Belajar Anak2 Pra

Assalamualaikum..

21September2017 : 8.58am

Harini, sekolah Aisyah ada lawatan sambil belajar. Sambil2 tunggu bas, ummi pun snap gambar2 anak2 praMelati. Excited betul mereka. Ada y gugup jgk. 1stime keluar jalan tanpa parents. Apa perasaan sume parents ya? 😊



Rasa risau, seram, takut of cosz dup dap dup dap jek hati nie. Tapi trust pd cikgu dan ppm. InsyaAllah, anak2 selamat dan gembira.

Hatini rasa nak follow jek. Ikut anak ummi tapi abi xbagi. Biarkan jk dia pergi dgn cikgu dan kawan2. Bila difikir2 balik, kalau aku pergi, anak2 parents lain mesti fikir kenapa parents dorunk tak follow sekali 🙄 Kesian pulak. Takpela, Aisyah amik peluang nie utk belajar bersama cikgu dan kawan2 ya. Ummi sentiasa mendoakan keselamatan Aisyah. Moga Aisyah ingat pesanan ummi ya. Im proud of you..

Ummi tunggu kakak balik nnt. 😙😙