Thursday, 28 September 2017

Kalau Bukan Sekarang Bila Lagi, Oh Anak

Assalamualaikum .. 28September2017 : 8.23am

Bila tengok2 ibu ibu ayah ayah hantar anak ke sekolah rendah .. Rasanya baru semalam si ibu si ayah timang2 anaknya yang masih kecil lagi.

Bila tengok2 lagi, betapa tinggu harapan si ibu si ayah utk melihat anak mereka berjaya dunia dan akhirat.

Dan aku, seperti mereka2 si ibu si ayah yang inginkan anak2 berjaya dunia akhirat. Di samping boleh tahu mana baik mana buruk. Mana emas mana permata mana kaca. Mana yang tulen mana yang palsu.

Zaman sekarang semua dihujung jari. Dan macam2 berita yang keluar sana sini. Ilmu yang macam2 juga. Dimana silapnya? Kita manusia yang mampu merancang. Tapi kita juga ada tanggungjawab yang harus dijaga. Amanah yang harus diperhatikan setiap masa tanpa alpa.

Kalau kita sebagai si ibu si ayah yang tak mulakan dari awal, bila lagi nak dimula!
Kecil2 harus diajar rasa hormat. Rasa tanggungjawab. Rasa amanah. Rasa kasih sayang. Rasa semangat kekeluargaan. 

Jangan dilupa ingat selalu yang ALLAH sentiasa ada. Syukur denganNya.
Kalau kita sebagai si ibu si ayah yang tak mulakan dari awal, bila lagi anak2 nak capaj eq yang paling diperlukan pada masa sekarang nie?

Apakah kita sebagai si ibu si ayah yang harus dipersalahkan? Atau nak disalahkan pada guru2 yang xberikan didikan yang sempurna? NO! Masing2 ada tanggungjawab dan amanah. Jangan pentingkan diri jek.

Selamatkan pemikiran dan kepercayaan anak2 kita. Jangan ditunggu lagi. Luangkan masa. Berikan kasih sayang. Dan ajari mereka erti hidup sesama manusia, haiwan, tumbuh2an juga alam.

Moga, kita mampu selamatkan masa depan anak2

Kalau tak dimulakan dari sekarang? Bila lagi??!!


Makin ramai anak2 yang membesar menjadi sombong bodoh! Tiada rasa hormat. Tiada rasa belas ihsan. Tiada pemikiran yang jauh ke hadapan (pemikiran semakin ke belakang). 

Selamatkanlah. Kalau kita si ibu si ayah tak mulakan dari sekarang, bila lagi? 



MazreenMohamad

Sunday, 24 September 2017

Just Another Day

Just another day .. 25September2017

Seminggu duduk kat rumah mak ayah. Ulangalik dr Padang Temu ke Ayer Keroh hantar anak ke sekolah. Fuhh.. merasa jgkla penangan minyak motor 😅 4Hari persekolahan. Memandangkan Jumaat cuti Awal Muharram. Salam Maal Hijrah pembaca 😊 Moga segalanya baik2 bt kt semua. Aaminn..

Dan harinie, ke sekolah seperti biasa. Apalah ummi nak masak tghari nnt ya 🤔 Surprise me my brain 😅

Harini seperti nak kena mop bilik atas tu. Cuci tandas. And susun apa2 y patut. Yela, ada pertukangan minggu lepas membuatkan kami kena stay kt kampung seminggu.. huhuu..

Apa2 pun, anak2 happy walau xdpt bwk dorunk jalan2 sangat. Semalam ajek la sempat bawak dorunk jalan2 dan main playground. Ummi pn tumpanglah berjalan kaki seround. Kot2 ley hapuskan lemak seinci 🤣

Moga kita semua dilindungi dr fitnah dajjal dan diberikan rezeki y berlipat ganda.


Setiap hari, pastikan senyuman xlekang dibibir. Salah satu sedekah yang manis sekali.

So long my dear ..
Mazreen Mohamad

Wednesday, 20 September 2017

Lawatan Sambil Belajar Anak2 Pra

Assalamualaikum..

21September2017 : 8.58am

Harini, sekolah Aisyah ada lawatan sambil belajar. Sambil2 tunggu bas, ummi pun snap gambar2 anak2 praMelati. Excited betul mereka. Ada y gugup jgk. 1stime keluar jalan tanpa parents. Apa perasaan sume parents ya? 😊



Rasa risau, seram, takut of cosz dup dap dup dap jek hati nie. Tapi trust pd cikgu dan ppm. InsyaAllah, anak2 selamat dan gembira.

Hatini rasa nak follow jek. Ikut anak ummi tapi abi xbagi. Biarkan jk dia pergi dgn cikgu dan kawan2. Bila difikir2 balik, kalau aku pergi, anak2 parents lain mesti fikir kenapa parents dorunk tak follow sekali 🙄 Kesian pulak. Takpela, Aisyah amik peluang nie utk belajar bersama cikgu dan kawan2 ya. Ummi sentiasa mendoakan keselamatan Aisyah. Moga Aisyah ingat pesanan ummi ya. Im proud of you..

Ummi tunggu kakak balik nnt. 😙😙