Friday, 18 November 2016

Tips Buat Bakal Tetamu Allah

*TIP #1 – KEADAAN CUACA DAN SUHU DI TANAH SUCI*

Arab Saudi mempunyai 2 musim yang utama iaitu musim panas dan kering dan juga sejuk dan kering. Lazimnya musim sejuk bermula di antara bulan pertengahan bulan November hingga Mac atau April, manakala musim panas bermula antara bulan April hingga Oktober.

Oleh kerana musim sejuknya kering dan musim panasnya juga kering, maka kulit kita dan bibir kita mudah untuk menjadi kering. Dan selalu juga tumit kaki kita pecah-pecah disebabkan olehnya. Apabila ini berlaku, ini boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan menyukarkan kita untuk berjalan jauh.

Oleh yang demikian, kita hendaklah membawa “Cream Pelembab Kulit” atau “Losyen Pelembab Kulit”

>> Musim Panas?

Sekiranya kita ke tanah suci pada musim panas, jangan lupa membawa bersama “Sun Glasses” atau cermin mata hitam, sebaiknya yang berjenama atau “original”. Suhu panasnya boleh mencecah sehingga 50’C dan untuk melihat ke hadapan begitu silau dan memeritkan sekali. Atau bahasa mudah, kita berjalan nak buka mata pun susah.

>> Musim Sejuk?

Sekiranya kita ke sana pada musim sejuk, kita kena selidiki berapa suhu sejuknya. Suhu sejuknya boleh mencecah bawah dari 10’C. Suhu sejuk yang melampau ini  boleh menyebabkan tulang-tulang pada jari-jari kita menjadi ngilu atau sakit-sakit. Jika suhu sedemikian, selain dari memakai baju sejuk atau jaket yang tebal, sarung tangan juga jangan ketinggalan.

*TIP #2 – PENGELUARAN WANG DAN TUKARAN WANG*

Anda boleh menukar wang di Malaysia atau di Makkah/Madinah menerusi “penukar wang” yang banyak terdapat di sana. Kadar tukaran terkini ialah RM100 bersamaan SR85. Kadar tukaran ini tertakluk kepada perubahan semasa. Biasanya tukaran wang di Madinah lebih mendapat nilaian yang tinggi berbanding Makkah dan Malaysia.

Pada musim haji, Tabung Haji ada membuka kaunter pengeluaran di Maktab-maktab Haji Jemaah Malaysia. Tetapi pada musim umrah perkhidmatan ini tidak disediakan di Makkah dan Madinah. Jika mahu mengeluarkan wang di Tabung Haji, kita terpaksa pergi ke Tabung Haji di Jeddah.

**Buka akaun simpanan Al-Rajhi

Sekiranya kita takut untuk membawa wang tunai yang banyak, bukalah akaun simpanan Al-Rajhi dan jangan lupa memohon kemudahan kad ATM. Semasa di tanah suci, had pengeluaran maksima di mesin ATM Al-Rajhi ialah SAR5000 sahaja sehari. Jika kita ingin mengeluarkan lebih dari SAR5000, kita terpaksa menunggu selepas 24jam pengeluaran pertama dibuat.

*TIP #3 – PERBEZAAN WAKTU*

Malaysia lebih awal 5 jam daripada waktu di Arab Saudi. Jika waktu Malaysia pada jam 10 pagi, maka waktu di Arab Saudi ialah jam 5 pagi.  Jika kita ingin menghubungi keluarga kita di Malaysia, sebaiknya kita hubungi mereka selepas waktu Subuh atau pada waktu siang hari. Jika waktu selepas Subuh di Makkah jam 6 pagi, waktu di Malaysia ialah jam 11 pagi.

Elakkan dari menalipon keluarga di Malaysia selepas waktu Isyak. Jika selepas waktu Isya’ di tanah suci jam 9 malam, waktu di Malaysia ialah jam 2 pagi, waktu keluarga kita sedang nyenyak tidur barangkali.

*TIP #4 – ELAKKAN MEMBAWA PAKAIAN YANG BANYAK*

Jangan bawa pakaian yang terlalu banyak, walaupun kita di tanah suci selama 2 minggu. Sebaiknya bagasi kita jangan lebih dari 15 kg.  Ini kerana kebiasaannya jemaah akan membeli-belah semasa di sana, dibimbangi semasa balik had muatan bagasi lebih dari sepatutnya yang memungkinkan dikenakan denda atau “caj lebihan bagasi”.

Bagi lelaki memadai dengan 2 pasang baju Melayu atau pakaian semasa solat. Kain ihram pula 3 helai atau sepasang setengah. Begitu juga bagi wanita, memadai dengan 2 pasang baju kurung 2 pasang telekung sahaja.

Semasa di tanah suci, jemaah pasti akan membeli pakaian atau jubah baru kerana selain dari harganya yang lebih murah berbanding di Malaysia, jubah juga merupakan pakaian harian bagi masyarakat di sana.

>> Perkhidmatan Dobi?

Terlalu mahal. Sepasang kain ihram, upah dobinya SAR10 atau RM10. Jika kita menghantar 3-4 helai pakaian ke kedai dobi, jangan terkejut jika upahnya boleh mencecah sehingga SAR30 atau lebih dari itu. Bergantung di mana perkhidmatan dobi itu dibuat. Jika di hotel 5 bintang, boleh mencecah sehingga lebih dari SAR100. Beli baju baru lebih baik.

Kebiasaanya di hotel-hotel bajet, pekerja2 hotel (biasanya Bangladesh) ada menawarkan perkhidmatan dobi kepada jemaah dengan harga yang murah sedikit berbanding di luar. Bagi yang berkemampuan, bolehlah berlanggan dengan mereka.

Tetapi, jika kita ingin berjimat, bawalah sabun buku atau serbuk pencuci dari Malaysia. Di sana pun ada, tetapi sabun atau serbuk pencucinya biasanya kurang buih atau kurang ‘power’.

Oleh kerana di tanah suci cuacanya kering, maka pakaian yang dibasuh akan cepat kering. Biasanya jika kita basuh baju selepas Subuh, apabila dijemur di dalam bilik, waktu petang sudah kering. Jika dijemur di kawasan panas matahari lebih cepatlah kering pakaian kita.

*TIP #5 – TUKAR KEPADA TELEFON MUDAH ALIH SAUDI*

Sekiranya kita mahu berhubung samada sesama jemaah di tanah suci atau ke Malaysia, sebaiknya kita mendapatkan perkhidmatan syarikat telekomunikasi di sana seperti Al-Jawal, Mobily atau Zain. Kadarnya jauh lebih rendah berbanding jika kita menggunakan perkhidmatan komunikasi dari Malaysia.

Biasanya jika kita menghantar ‘sms’ ke Malaysia, kadarnya antara SAR0.50-SAR0.60 berbanding RM1.90-RM2.00 jika kita gunakan telco Malaysia.

Jika kita ingin berhubung sesama rakan jemaah, adalah lebih baik kita gunakan servis syarikat di sana. Jika kita gunakan telco Malaysia di tanah suci kadar panggilannya akan berganda-ganda mahalnya. Bayangkan jika kita di Makkah buat panggilan kepada rakan kita di Makkah, dan masing-masing menggunakan “simkad” dari Malaysia, panggilan itu akan ke Malaysia dahulu dan kemudian ke Arab Saudi semula.

Begitu juga jika ada rakan dari Malaysia menghubungi kita di tanah suci menggunakan no. Talian mudahalih Malaysia, kita juga terpaksa membayar kos panggilan tersebut. Amat merugikan.

Walaubagaimanapun, hotel ada menyediakan perkhidmatan Wi-Fi... Jadi kami nasihatkan jika ingin menghubungi Keluarga di Malaysia, sila gunakan Media Sosial seperti WhatsApp, Facebook, WeChat dan sebagainya.

*TIPS #6 - SEDIAKAN BEKALAN UBAT SECUKUPNYA*
Jemaah dinasihatkan agar membawa bekalan ubat yang secukupnya kerana Ubat di Arab Saudi jauh lebih mahal berbanding harga Ubat-ubatan di Malaysia. *Ubat batuk, ubat selsema, paracetamol dll yang berkaitan.

Kongsikan buat panduan bersama

LIKE & SHARE
Kelengkapan Haji dan Umrah Fitrah Al Hajj

5 Perkara Jangan Buat Kepada Prospek

Jangan buat 5 perkara ini apabila berdepan dengan prospek yang suka bagi alasan untuk membeli.

1) Jangan bertekak

Anda akan hilang peluang untuk buat jualan apabila anda mula bertekak dengan prospek.

Walaupun anda betul, itu bukan sebab yang baik untuk mulakan pertengkaran.

2) Jangan serang peribadi

Mungkin prospek ambil masa sikit untuk buat keputusan pembelian.

Jangan kata macam ni, “Tuan kena buat keputusan sekarang. Fast action, fast result. Kalau tuan slow je macam mana nak nampak hasil?”

Asingkan elemen peribadi daripada alasan prospek.

3) Jangan main teka

Prospek kata, “Saya nak servis yang bagus.”

Anda pun jawab, “Servis kami memang bagus. Puan boleh hubungi kami bila-bila masa.”

Sepatutnya anda kena dapatkan kepastian daripada prospek, apa yang dia maksudkan dengan servis yang bagus.

Dia mungkin maksudkan tentang tempoh jaminan, khidmat nasihat, alat ganti dan sebagainya.

Jadi jangan main teka saja.

4) Jangan hina prospek

Katakanlah prospek kata, “Mahalnya harga barang ni.”

Jangan jawab balik, “Barang berkualiti memang mahal. Cik tak pakai barang berkualiti ke?”

Tapi cuba jawab dengan cara baik, “Saya faham cik bimbang tentang harga ni. Boleh saya tahu kenapa cik kata barang ni mahal?”

5) Jangan lari daripada masalah

“Saya tak suka awak.”

Marah tak bila prospek kata macam ni?

Tapi daripada marah, baik ambil tahu kenapa prospek beremosi macam tu sekali?

“Boleh saya tahu kenapa cik tak suka saya? Mungkin saya ada buat kesilapan yang saya terlepas pandang.”

Mungkin cara anda buat follow up salah. Mungkin cara anda dapatkan jualan terlalu memaksa.

Ambil tahu dan selesaikan masalah anda dengan prospek.

Kekalkan hubungan baik untuk keuntungan berpanjangan.

Itulah dia 5 perkara anda jangan buat kepada prospek yang suka bagi alasan untuk membeli.

Kita sendiri pun pernah bagi macam-macam alasan kepada penjual apabila kita tak nak atau belum sedia untuk beli.

Pastikan anda uruskan alasan pelanggan ini dengan betul. Jangan diikutkan emosi tu sangat.

Ingat, fokus anda adalah untuk cari jualan. Bukan cari masalah.

Credit to Umar Taib

Kenapa Prospek Tak Membeli

Kenapa prospek tak membeli?

Prospek boleh kata macam-macam sebab.

Tapi betul ke sebab yang dia kata tu?

Atau itu cuma alasan je.

Jadi anda kena korek apa sebab sebenar tu.

Contoh 1:

A: Saya nak kena tanya suami dulu.

B: Boleh puan. Puan rasa suami puan akan tanya apa-apa soalan ke tentang perkara ni?

A: Rasanya ada.

B: Apa agaknya soalan yang akan dia tanya?

A: Rasanya dia akan tanya pasal harga.

B: Oh begitu. Selain daripada harga?

A: Itu je kot.

B: Puan rasa dia akan cakap apa pasal harga ni?

A: Dia akan cakap mahal.

B: Saya pun rasa macam tu. Puan pula rasa macam mana dengan harga ni?

A: Ermm sebenarnya saya pun rasa harga ni mahal.

Dari perbualan ni anda boleh tahu yang prospek sebenarnya anggap produk tu mahal.

Bukannya dia perlukan izin suami sangat.

Contoh 2:

A: Saya nak kena tanya suami dulu.

B: Boleh puan. Puan rasa suami puan akan tanya apa-apa soalan ke tentang perkara ni?

A: Rasanya ada.

B: Apa agaknya soalan yang akan dia tanya?

A: Rasanya dia akan tanya pasal harga.

B: Oh begitu. Selain daripada harga?

A: Itu je kot.

B: Puan rasa dia akan cakap apa pasal harga ni?

A: Dia akan cakap mahal.

B: Saya pun rasa macam tu. Puan pula rasa macam mana dengan harga ni?

A: Saya okay je. Ikutkan nak saya bayar sekarang pun boleh. Tapi nanti barang sampai suami saya nampak, mesti dia marah sebab tak tanya dia dulu.

Dari perbualan ni anda boleh tahu yang harga bukan isu bagi prospek.

Dia memang perlu tanya suami dulu.

Jadi bagi peluang dia tanya dan dapatkan jualan kemudian.

Credit to Umar Taib

Thursday, 17 November 2016

3 perkara anda boleh buat bila prospek senyap lepas tahu harga.

3 perkara anda boleh buat bila prospek senyap lepas tahu harga.

1) Follow Up

Dah tu takkan tidur pulak kan?

Sebab yang tertidur tu mungkin prospek kita.

Dia juga mungkin terlupa. Tak ada kredit ke.

Jadi kita kena ‘jagakan’ dia dengan follow up.

Tapi jangan pergi sergah dia pulak.

“Cik nak beli ke tak ni?”

Ini kurang sopan namanya. Follow up elok-elok.

Bagi salam dulu. Say good morning ke.

Kemudian baru la sembang pasal produk atau servis yang kita nak jual.

2) Nilai

Prospek kena nampak yang harga dia bayar berbaloi dengan nilai yang dia dapat.

Kebanyakan kita sibuk beritahu harga.

Tapi apa nilai prospek dapat dengan harga tu tak disebutnya.

Sebab apa? Sebab kita pun tak pasti apa nilainya kan?

Orang tak beli jam dari Swatch. Orang tak beli motor dari Harley Davidson.

Jam dan motor adalah pengantara untuk dapatkan nilai yang orang beli.

3) Sebab Lain

Ambil masa sembang dulu dengan prospek.

Cuba korek kenapa dia senyap lepas tahu pasal harga.

Kita mungkin ingat pasal dia tak mampu.

Tapi mungkin dia mampu. Kita je memandai kata dia tak mampu.

Mungkin ada sebab lain. Masa belum sesuai ke. Ada persoalan belum terjawab ke. Tunggu gaji dulu ke. Dia terlupa ke. Bateri kong ke.

Eh ada 1001 sebab lah dia senyap.

Yang penting kita ni jangan mudah putus asa.

Terus berhubung dengan dia cara baik.

Nanti dapatlah sales tu.

Credit to Umar Taib

Wednesday, 16 November 2016

7 Elemen Copywriting Untuk Dapatkan Jualan


1) Headline

Headline adalah tajuk utama yang perlu ada dalam sebuah iklan untuk menarik perhatian prospek.

Anda mempunyai beberapa saat saja untuk tarik perhatian prospek supaya baca iklan sepenuhnya.

Cara mudah menarik perhatian mereka adalah:

– Gunakan perkataan yang beremosi
– Tulis tajuk yang boleh membuatkan mereka rasa ingin tahu
– Elakkan daripada penggunaan nama produk pada tajuk iklan
– Masukkan kelebihan produk atau servis anda

2) Tawaran

Fikirkan apa impian dan masalah pelanggan anda.

Kemudian, jawab soalan ni :

– Apa yang mengecewakan mereka? Contoh, kulit muka berjerawat.
– Apa impian mereka ? Contoh, nak hilangkan jerawat di muka.
– Apa yang produk anda boleh bantu untuk hilangkan jerawat di muka?

Tulis tawaran anda dalam bentuk cerita.

3) Bonus

Siapa je yang tak suka benda percuma kan?

Pelanggan beli produk anda bukan kerana produk semata-mata. Ada nilai-nilai lain yang mereka mahukan.

Berikan bonus yang berkualiti, bukan yang cikai-cikai je.

Letakkan nilai pada bonus tersebut.

Contoh:

Beli cincin berlian berharga RM19,900 dan percuma percutian eksklusif ke Pulau Langkawi 3 hari 2 malam bernilai RM3,000.

4) Testimoni

Dapatkan testimoni daripada pelanggan yang telah menggunakan produk anda.

Testimoni boleh meningkatkan tahap kepercayaan bakal pelanggan terhadap anda.

5) Jaminan

Jika iklan anda mempunyai jaminan untuk produk, ia akan mengurangkan rasa takut yang ada dalam diri bakal pelanggan.

Contoh:

Domino Pizza janji penghantaran dalam masa 30 minit. Kalau lambat, mereka akan berikan satu kupon percuma untuk 1 pizza.

6) Call to Action

Apa yang anda mahu bakal pelanggan lakukan jika mereka berminat dengan produk yang anda jual?

Tulis arahan yang jelas bagi memudahkan mereka mengambil tindakan yang betul.

Contoh:

Nak dapatkan Panduan Kalis Alasan? Klik link di bawah sekarang.

7) Alasan

Anda juga perlu senaraikan jawapan untuk soalan ini:

– Kenapa mereka perlu beli produk atau menggunakan servis daripada anda?
– Kenapa mereka perlu beli produk anda sekarang? Kenapa tak boleh tunggu esok, lusa dan tulat?
– Kenapa mereka perlu dapatkan sesuatu produk itu daripada anda? Kenapa bukan daripada peniaga lain yang ada produk sama?

Credit to Umar Taib

Saturday, 12 November 2016

Siapakah Raffelinna ?

Siapakah Raffelinna ?

Pasangan suami isteri Nadia Felinna Bt Abd Fattah dan Muhammad Rafi'e Ramli memulakan perniagaan secara kecil-kecilan mempromosikan produk sulung keluaran syarikat iaitu Felinna Inch Loss Lotion menerusi laman sosial facebook selain dijual terus kepada pelanggan yang datang ke kedai mereka yang bertapak di Baling, Kedah.

Atas permintaan yang tinggi terhadap produk tersebut, pasangan ini telah mendaftar syarikat di atas nama RAFFELINNA SDN.BHD sebagai syarikat induk dan tertubuhnya RAFFELINNA MARKETING SDN.BHD sebagai anak syarikat yang beroperasi untuk memasarkan produk Felinna Beauty.
.
KINI, syarikat Raffelinna Sdn. Bhd mempunyai empat jenama terunggul yang sedang melonjak naik di laman sosial serata Malaysia iaitu Felinna Beauty,Felinna Boutique, Raffel Wholesale, dan Caliph Sunnah Supplement
.
Felinna Beauty semakin berkembang selepas permintaan tinggi terhadap produk Felinna Inch Loss Body Lotion, Felinna Beauty makin menempa nama selepas beberapa produk kecantikan dan kesihatan yang lain dikeluarkan iaitu Felinna Beauty Body Lotion, Felinna Beauty Pure Marine Collagen Vitamin C (PMCVC) Body Mist Sumayyah dan Humayra, Felinna Beauty Pure Teaberry Juice, Felinna Beauty Body Lotion Plus, Felinna Beauty White Coffee Vitamin C, dan Felinna Beauty Hygienic Foam Wash
.
Felinna Boutique merupakan sebuah butik muslimah yang berkonsepkan kesederhanaan, gaya dan keselesaan yang dikehendaki oleh wanita muslim yang berperanan penting dalam masyarakat hari ini.
.
Raffel Wholesale pula dibuka kemudian bagi tujuan untuk membantu memenuhi impian orang ramai khasnya orang melayu yang berkeinginan mendalami dunia perniagaan dengan membekalkan jubah borong seminima 12 helai beserta modal serendah RM660
.
Caliph Kids Expert merupakan jenama keluaran terbaru dari Raffelinna sdn.bhd yang mengfokuskan kepada produk ini dan akan membantu golongan ibu bapa dalam mendidik serta meningkatkan keupayaan minda anak-anak mereka.

Saturday, 29 October 2016

Suami dan Isteri

Sayangilah seperti hari esok tiada lagi ..

1. perkataan yang kasar dari suami tidak menjadikannya jantan | justru itu perlihatkan sikap terlihat kejam tanpa perasaan

2. wanita dicipta dari lekuk rusuk agar disayangi | tentu lebih layak dicintai setelah jadi istri

3. meluruskannya dengan paksa hanya mematahkannya | kesabaran dan kelembutan adalah kuncinya

4. istri diambil dengan amanah serta kalimat yang baik dari walinya | jaga dan berlakulah baik padanya sebagaimana Nabi meminta

5. siapa yang tak luluh hatinya bila memiliki suami | yang santun lisannya dan sabar dalam menasihati?

6. bukan agar istri takut pada suami lalu istri takut berlaku salah | namun agar dia enggan melihat suaminya sedih maka dia berlaku benar

7. maka ancaman apalagi pukulan bukanlah jalan | coba kata-kata lembut sejuk penuh pengertian pelan-pelan

8. sebetulnya bila istri senantiasa berbuat salah | maka sejatinya suaminya itu bermasalah

9. karena tugas suami bukan hanya menafkahi lahir | namun terutama agar dalam kebaikan dia jadi mahir

10. membimbing dan mengajari kebaikan adalah tugasnya suami | memimpinnya dalam kebenaran adalah kewajiban suami

11. jagan tuduh istrimu tidak sempurna melakukan kewajibannya | mungkin suaminya yang tidak penuh tunaikan haknya?

12. atau mungkin kedua-duanya selama ini bermasalah? | tanpa iman dan ilmu lantas nekat untuk menikah?

13. bagaimanapun suami adalah pemimpin atas istrinya | tak layak pemimpin tidak berlaku baik pada yang dipimpinnya

14. pandangilah dia bila memasak bagi anak-anakmu | dengarkan senandungnya saat menidurkan anak-anakmu

15. lisan yang baik itu merubah akal dan pikiran | lisan kasar dan amal kasar tanda cacat pikiran

16. perbanyak memahami kisah Rasulullah memerlakukan istri-istrinya | niscaya kita temukan hikmah pelajaran kaya pekerti

17. "sesungguhnya yang paling baik diantara laki-laki | adalah yang paling baik kepada istri-istrinya" (HR Ahmad)

18. kenyataannya jarang kita temukan suami dzalim pada istrinya | lantas Allah berikan kemudahan hidupnya di dunia

19. sayangi dan muliakan isterimu | bahagia dan berharga hidupmu

Wednesday, 26 October 2016

Ibubapa Punca Anak Menjadi Kurang Ajar dan Tak Dengar Cakap Point No 4 Ramai Buat Tanpa Sedar

“Pergi mandi sekarang, nanti mak buang semua mainan!”
Kawan aku kata, ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.

Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap.
Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga.
Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.
.
.
Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.
Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu.
Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.
.
.
“Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun”
Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.
.
“Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?”
Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.
.
.
“Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?”
Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.
.
“Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin.”
.
“Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!”
.
“Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!”
Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.
.
.
“Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita”
Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja.
Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.
.
.
1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.
.
2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.
Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.
Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
.
.
3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.
Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.”
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.
.
.
4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
.
.
5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.
.
Sy kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.
Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita.

Friday, 21 October 2016

CEREAL CALIPH - NUTRITION FOR EYES



Cereal Caliph - Nutrition For Eyes memfokuskan kepada produk untuk membantu menajamkan penglihatan dan meningkatkan imunisasi tubuh badan kanak-kanak. Setiap bahan yang terkandung dalam Cereal Caliph memiliki kehebatannya tersendiri yang mampu membantu kanak-kanak untuk membesar dengan kuat dan sihat. Antara bahan-bahan penting yang terdapat didalam produk ini adalah Beta Karotena, Susu Kambing, Maltodekstrin dan lain-lain.

Beta Karotena menyediakan 50% Vitamin A yang diperlukan dalam diet. Vitamin A adalah baik untuk penglihatan mata, imunisasi yang kuat dan kesihatan tubuh badan kanak-kanak. Badan kita memerlukan Vitamin A antara 15ml dan 180ml sehari. Beta Karotena juga digunakan untuk menghindari dari penyakit cirit-birit, asma, demam dan lain-lain.

Susu Kambing mengandungi kalsium, fosforus, magnesium dan protein yang membantu kanak-kanak menguatkan tulang dan mencegah penyakit osteoporosis. Kalsium dan fosforus dalam susu adalah kepentingan untuk perkembangan dan mengekalkan kekuatan gigi. Protein didalam susu juga membantu menyokong pertubuhan otot.

Maltodekstrin adalah gula kurang manis yang bertindak sebagai makan tambahan yang menyediakan tenaga untuk kanak-kanak dan juga meningkatakan perisa didalam produk ini.

Cereal Caliph - Nutrition For Eyes dihasilkan di kilang muslim yang bertaraf GMP dan mendapatkan kelulusan dari KKM dan JAKIM. Cereal Caliph - Nutrition For Eyes adalah produk dibawah klasifikasi makanan dan minuman dan berdaftar dengan KKM.



Cara Pengambilan / Direction
6 tahun keatas
1-2 sudu besar (10-20ml) sebelum sarapan
1-2 sudu besar (10-20ml) sebelum tidur

Harga RM55 tak termasuk postage

Whatsapp: +6019-666 1996
Mazreen Mohamad (PGR-311)


Why Confuse? Choose Caliph Kids Expert.
Jangan lupa , MAMA NAK CALIPH!

https://www.facebook.com/CaliphKidsMelaka/

https://www.instagram.com/hotchocz73/

#HotchoczMarketing #CaliphKidsMelaka
#CaliphbyHotChoCz #caliphmakanansunnah #caliph #caliphmurah#caliphkidssupplement #caliphkidsexpert #testimonicaliphfeedback#testimonicaliph #caliphmalaysia #caliphmelaka #supplements#MiaDutaCaliph #miasara #fynnjamal #caliphborong #caliphbest#CaliphMelaka #SupplementMelaka


Jus Caliph Kids Expert Stage 2

Jus Caliph Kids Expert Menyokong perkembangan dan fungsi otak membekalkan nutrien penting untuk minda yang kurang di dalam diet kanak-kanak. Jus Caliph Kids Expert mengandungi "GRED TERBAIK" PEMAKANAN. Diantara kanduangan hebat iaitu KURMA, KISMIS, MADU, DELIMA, BUAH TIN, APRIKOT, OMEGA 3 dan OMEGA 6.

KHASIAT : Merupakan makanan khasiat yang sangat sering diamalkan oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Dengan perisa buah-buahan campuran yang lazat, anak-anak anda pasti senang untuk mengamalkan minuman khasiat ini yang akan membantu perkembangan mereka seperti menghafal serta kecergasan dan imunisasi.

Kandungan / Ingredients


Kurma / Dates
Kismis / Raisins
Buah Tin / Figs
Aprikot / Apricots
Madu / Honey
Delima / Pomegranate
DHA Omega 3 & Omega 6
Perisa Buahan Campuran / Mix Berry Flavour



Cara Pengambilan / Direction
1-3 tahun
1/2 sudu kecil (2.5ml) sebelum sarapan
1/2 sudu kecil (2.5ml) sebelum tidur

4-6 tahun
1 sudu kecil (5ml) sebelum sarapan
1 sudu kecil (5ml) sebelum tidur

6 tahun keatas
1-2 sudu besar (10-20ml) sebelum sarapan
1-2 sudu besar (10-20ml) sebelum tidur


Harga RM75.00 sebotol

Promosi YEAR END SALE
Harga RM65.00 sebotol
Sah sehingga 31Disember2016

Whatsapp: +6019-666 1996
Mazreen Mohamad (PGR-311)

Why Confuse? Choose Caliph Kids Expert.
Jangan lupa , MAMA NAK CALIPH!

https://www.facebook.com/CaliphKidsMelaka/

https://www.instagram.com/hotchocz73/

#HotchoczMarketing #CaliphKidsMelaka
#CaliphbyHotChoCz #caliphmakanansunnah #caliph #caliphmurah#caliphkidssupplement #caliphkidsexpert #testimonicaliphfeedback#testimonicaliph #caliphmalaysia #caliphmelaka #supplements#MiaDutaCaliph #miasara #fynnjamal #caliphborong #caliphbest #CaliphMelaka #SupplementMelaka

Caliph for Baby Stage 1



Assalamualaikum..


Caliph For Baby mengandungi bahan bahan yang terbaik untuk tumbesaran, sistem penghadaman dan yang paling terbaik adalah kandungan PREBIOTIK untuk sistem imunisasi anak anda. Sumber makanan prebiotik akan membantu perkembangkan bakteria yang baik untuk membantu meningkatkan jumlah bakteria baik dalam badan bayi kita. Semakin banyak sumber prebiotik diambil, semakin banyak jumlah bakteria dan sistem pencernaan bayi akan bertambah baik. Jadi ia merupakan inisiatif pihak kami untuk memberikan yang terbaik untuk bayi anda seawal usia 7 bulan.


Kandungan / Ingredients

Ro water
Fructooligosaccharide / Fos
Vitisa vinifera / Kismis
Punica granatum / Delima
Ficus carica / Buah tin
Prunus armeniaca / Biji aprikot
Xanthan gum
Sodium benzoate
Potassium sorbate
Sweetener
Flavour mix berry



KELEBIHAN

😊 menguatkan dan melancarkan sistem penghadaman dan imunisasi badan bayi daripada sebarang penyakit berbahaya
.
😊 Mencegah SEMBELIT
.
😊 Mencegah kerosakan Gigi dan Gusi kanak-kanak
.
😊 Membantu tumbesaran kanak-kanak
.
😊 Menguatkan antibodi dan pertahanan badan bayi

Cara Pengambilan / Direction

1 sudu sebelum sarapan dan sebelum tidur /
1 spoon before breakfast and before sleep.
(Digalakkan untuk di campur susu atau makanan bayi /
You can minted with baby or solid food)


Harga RM39.90 tak termasuk postage.


Whatsapp: +6019-666 1996
Mazreen Mohamad (PGR-311)


Why Confuse? Choose Caliph Kids Expert.

Jangan lupa , MAMA NAK CALIPH!

https://www.facebook.com/CaliphKidsMelaka/

https://www.instagram.com/hotchocz73/

#HotchoczMarketing #CaliphKidsMelaka
#CaliphbyHotChoCz #caliphmakanansunnah #caliph #caliphmurah#caliphkidssupplement #caliphkidsexpert #testimonicaliphfeedback#testimonicaliph #caliphmalaysia #caliphmelaka #supplements#MiaDutaCaliph #miasara #fynnjamal #caliphborong #caliphbest#CaliphMelaka #SupplementMelaka










Caliph for Baby

Caliph Juice For Baby
(Dengan Ekstra PreBiotik)Stage 1

PENGENALAN PRODUK BARU SYARIKAT - CALIPH FOR BABY

Pihak syarikat akan mengeluarkan produk terbaru iaitu Caliph For Baby di bawah rangkaian produk berjenama Caliph Kids Expert. Produk terbaru ini merupakan sejenis minuman tambahan yang diformulasi khas daripada ekstrak buah-buahan dan mempunyai kandungan istimewa daripada Prebiotic FOS untuk melancarkan sistem penghadaman serta imunisasi badan bayi yang berumur 7 bulan dan ke atas.

Bayi kecil anda sedang melalui satu fasa baru dalam hidup mereka ketika mula menikmati makanan pejal .

Kini anda  boleh bergembira kerana Caliph Kids Expert telah menyediakan satu jenis supplement yg merangsang sistem imunisasi badan menjadi lebih baik.

Tambahan prebiotics di dalam produk ini mampu membantu Meningkatkan sistem imun badan bayi anda.

Semakin banyak sumber prebiotik yang kita ambil, maka jumlah bakteria baik didalam pencernaan bayi juga akan meningkat.

Di zaman serba maju dengan virus yg semakin menular ramai kanak kanak di bawah usia setahun cepat dijangkiti penyakit kerana badan masih belum cukup matang utk melawan virus.

Dengan pengamalan Caliph For Baby stage 1 kita berusaha untuk memberi yg terbaik utk si kecil.

---------------------------------------------

Kenapa perlukan tambahan prebiotik
Kepada bayi anda?

Prebiotik merupakan berbagai jenis nutrisi yang diperlukan oleh bakteria baik di dalam tubuh anak anda untuk kehidupannya.

Pengambilan prebiotik dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh bayi anda serta meningkatkan penyerapan berbagai mineral di dalam makanan serta membantu menjaga keseimbangan jumlah bakteria di dalam sistem pencernaan bayi anda, yang dapat mencegah terjadinya gangguan pencernaan.

Selain itu, prebiotik juga dapat membantu menjaga kesihatan bayi anda.

Pemilihan prebiotik dalam makanan seharian sangat lah penting. Tambahan lagi di zaman sekarang kanak kanak yg tidak mahu makan buah atau sayur.

Dengan adanya Caliph Jus baby ini secara tidak langsung kita membantu merangsang bakteria baik di dalam tubuh anak anak.

KELEBIHAN

😊 menguatkan dan melancarkan sistem penghadaman dan imunisasi badan bayi daripada sebarang penyakit berbahagia
.
😊 Mencegah SEMBELIT
.
😊 Mencegah kerosakan Gigi dan Gusi kanak-kanak
.
😊 Membantu tumbesaran kanak-kanak
.
😊 Menguatkan antibodi dan pertahanan badan bayi
.

Perisa MixBerry
(Seawal 7bulan hingga 3tahun)

Siapa yang TAK SESUAI BELI ?

Jus Caliph For Baby ni TAK SESUAI untuk ibu yang banyak banyak masa dan rajin untuk lenyek dan blend sendiri  kismis, delima, madu, biji aprikot, buah tin lepas tau pulak cara ekstrak prebiotik(FOS) dari sumber sayur sayuran. Jika anda ibu yang mcm ni, tak perlu beli Jus Caliph For Baby ni yea..hehehe..buat sendiri jerr..

Bagi ibu ibu (bapa bapa memang tak buat) yg tak sempat nak buat semua di atas, boleh lah cuba campurkan Jus Caliph For Baby ni 1 sudu kedalam makanan pejal bayi anda seawal 7 bulan.

Belum ada dalam pasaran lagi, inshaAllah besok kita akan start edarkan kepada pengedar kita diseluruh dunia.

Harga untuk sebotol 350ml (besar Jus Caliph lama) hanya RM39.90.

Lepas tu klau ada rezeki, boleh menang Scooter Caliph yang comey loteyy berharga RM4000.. semua ada 5 biji utk dimenangi.

Ok. Amacam?

Berminat boleh hubungi
Mazreen Mohamad
Agen Sah Caliph Id PGR-311
Area Melaka Tengah

Whatsapp: +6019-666 1996

CALIPH KIDS MELAKA
(PGR-311)

✔Caliph for Baby
RM39.90

Postage + RM8

✔Caliph for Kids
RM75.00

Free Postage 🚗 COD MELAKA TENGAH

Why Confuse? Choose Caliph Kids Expert.
Jangan lupa , MAMA NAK CALIPH!

https://www.facebook.com/CaliphKidsMelaka/

https://www.instagram.com/hotchocz73/

Thursday, 6 October 2016

Bila Adik-Beradik Bergaduh Hilang Rahmat Allah Dalam Keluarga

(Wajib Baca yang ada adik beradik..jangn share selagi tak habis baca)

Sebenarnya bila adik beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu..sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik.. Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit..dan Allah bagi kita rezeki lebih.. Bantulah adik beradik kita..sebaik baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yg terdekat..kata nabi saw..

Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di bangi saya x nak tag nama dia.. Nama dia haris... Baru umur 40 lebih.. Tapi kaya raya.. Rumah besar nak mati.. Suka bantu orang.. Banyak bg pendapat dan bantu saya.. Dia kata "Khalil.. Saya dulu agak berkira dengan adik beradik. Walaupun saya kaya.. Tapi bila dah kenal agama sikit2 ni.. Hidup saya berubah banyak.. Saya banyak bantu adik beradik.. Rupa rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dnegan adik beradik saya.. So khalil kalau ada adik beradik susah bantulah mereka.. Tengok lah Allah bagi rezeki kat u melimpah ruah.."

Terus teringat seorang ustaz kata "salah satu punca hidup kita sempit.. Susah.. Sebab putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga.." YaAllah.. Takutnya..

Sedih lihat.. Ada adik beradik yg tak bertegur sapa bertaun taun.. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf ngan adik beradik kita walaupun kita tak salah.. Allah akan tinggikan darjat kita.. Tak hina pun orang yg meminta maaf..

Ustaz saya kata "Kita cepat maafkan orang kat dunia ni Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti.. "

YaAllah.. Jadikanlah kami adik beradik yg akan bersama dalam syurga nanti.. YaAlllah.. Rapatkanlah kami hubungan kami adik beradik.. Rahmatilah kami adik beradik.. YaAllah ampunilah dosa adik beradik kami.. Kalau mereka ada buat salah pada kami..Amiiin

Kredit : Muhamad Rizuan

Wednesday, 5 October 2016

3 Penjelasan Kenapa Wajah Suami Isteri Boleh Jadi Hampir Sama


Anda tentu pernah melihat pasangan suami isteri yang wajahnya hampir sama, seiras. Walau pun tidak seperti pinang dibelah dua, tapi mereka mirip dan punya aura yang sama.

Dari aspek psikologi, ada alasan masuk akal atau logik kenapa wajah suami isteri boleh jadi hampir sama. Ini penjelasannya.

Hampir sama kerana kerap bersama
Mengikut kajian psikologi, semakin kerap pasangan itu menghabiskan waktu bersama, mereka akan semakin mirip rupa antara satu sama lain. Ini kerana cara hidup mereka sudah menyatu dan mempengaruhi satu sama lain.

Sebagai pasangan, suami isteri ada banyak pengalaman dan kenangan bersama. Dari melakukan rutin harian sehinggalah makan bersama. Pengalaman-pengalaman sebegiinilah mengubah diri pasangan sedikit demi sedikit.

Mereka juga ada kecenderungan untuk meniru atau mengikut cara hidup orang yang dicintai. Makin banyak persamaan baik dari hal peribadi dan urusan seharian maka mereka akan semakin mirip antara satu sama lain.

Dari awal memang mencari yang mirip
Sewaktu mencari pasangan, secara tak sedar kita sebenarnya mencari seseorang yang memiliki persamaan dengan diri kita. Tak terkecuali aspek wajah dan penampilan.

Biasanya kita akan melihat seseorang yang hampir sama dengan kita itu menarik. Otak juga punya peranan dalam hal ini. Sewaktu melihat seseorang yang punya sedikit persamaan dengan diri, kita akan mudah jatuh hati padanya.

Bahkan sesetengah wanita memang mencari pasangan yang mirip contohnya dengan ayah mereka. Dari sini dapat dibaca bahawa mereka memang mencari seseorang yang punya sedikit persamaan.

Kalau dari awal sudah bertemu orang yang mirip, sudah tentu apabila menjadi suami isteri persamaan itu akan menjadi semakin jelas.

Emosi yang dirasa boleh ubah karakter wajah
Psikologi sosial, Robert Zajonc mencetuskan konsep social facilitation pada tahun 1965. Konsep itulah antara yang jadi jawapan kenapa ramai suami isteri yang wajahnya hampir sama.

Social Facilitation adalah tindakan menunjukkan emosi atau reaksi yang berbeza antara waktu seseorang bersendirian dan sewaktu bersama orang lain. Ini kerana manusia mempunyai empati, biasanya emosi dan reaksi yang ditunjukkan disesuaikan dengan orang berada dekat dengannya. 

Dalam pada itu katanya otot-otot tubuh manusia berkembang atau berubah mengikut kegunaannya. Sebagai contoh, pasangan yang sering ketawa bersama akan memiliki kedutan yang sama pada wajahnya. Kalau keduanya suka berbual, maka struktur pipi mereka akan ikut berubah.

Demikian penjelasan kenapa wajah suami isteri boleh jadi hampir sama dari waktu ke waktu. Anda dan pasangan bagaimana?


Friday, 16 September 2016

Tanda-tanda Awal Suami Curang Bermula Dari Mimpi

Bermimpi suami curang dengan wanita lain atau mimpi ada wanita menyiram pokok yang anda tanam merupakan sebuah mimpi yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berumahtangga.

Sebahagian orang mentafsirkan mimpi itu adalah suatu kejadian yang akan berlaku di hadapan hari yang bakal menimpa kita.

Sebahagian juga beranggapan ia hanyalah mainan tidur, namun dalam kes sebegini pernah kami membaca satu kisah dimana seseorang wanita mengalami mimpi buruk dan juga mimpi ngeri berkali kali akibat perbuatan orang.

Bahkan mimpi itu datang berulang-ulang kali sehingga mangsa datang berjumpa dengan seorang ustazah untuk mengertikan mimpinya itu. Menurut ustazah itu, wanita itu mengalami mimpi yang sedekian rupa kerana ada seseorang yang cemburu melihat kebahagiaan mangsa dan suaminya.

Sekiranya anda sering mengalami mimpi-mimpi buruk sewaktu tidur, anda mungkin boleh cuba kaedah ini:

Berwudhu
Membersihkan selimut dengan bismillah
Berbaring di sisi sebelah kanan (posisi jantung di atas)
Menghadap kiblat
Membaca taawwudz, dilanjutkan membaca surat al-Ikhlash dan muawwidzatain (al-Falaq dan an-Naas) (masing-masing sekali dibaca tiga kali seraya menangkupkan kedua telapak tangan, meniupnya, dan mengusapkannya ke bagian tubuh yang terjangkau)
Membaca tasbih (33 kali), tahmid (33 kali), dan takbir (34 kali)
Membaca Ayat Kursi dan dua ayat terakhir surat al-Baqarah
Berdoa dengan doa yang diajarkan Nabi
Beristighfar dan melakukan muhasabah sampai tertidur. [Pirman / Kisahikmah]
Berikut tafsiran mimpi suami curang:

Bermimpi pergi kesuatu majlis bersama suami
– Anda akan berpisah dengan suami anda kemudian dia akan kahwin dengan wanita lain…..

Bermimpi suami tidur dengan wanita lain
– Kehidupan rumah tangga akan hancur….

Bermimpi tanaman yang anda tanam di siram orang lain
– Ada orang lain yang cuba mengganggu keharmonian rumah tangga anda,dimana kemudian pasangan anda akan berbuat curang.

Bermimpi bergaduh dengan suami
– Salah seorang pasangan akan ditimpa satu penyakit.

Bermimpi keluar darah dari faraj
– Rahsia yang tidak diketahuai suami anda perlu di selesaikan dengan cepat,kalau tidak anda sendiri yang akan menanggung akibatnya.

Bermimpi berdua dalam bilik
– Akan ada masalah kecil yang akan menjadi besar.

Bermimpi didatangi seorang wanita mengandung mengaku isteri suami anda
– Seseorang telah menabur fitnah kepada suami atau anda.

Mimpi tidur dengan lelaki lain
– Anda sebenarnya tahu tentang makna mimpi itu,anda mempunyai seseorang yang spesial namun anda masih ragu untuk mengakuinya pada masa yang sama anda berusaha untuk bersamanya tanpa diketahui suami,jika anda melanjutkan kearah yang salah rumah tangga anda akan hancur.

Antara mimpi baik

Bermimpi dipeluk suami
– Akan mendapat rezeki yang melimpah salah satunya dapat anak

Bermimpi dicemburui suami atau isteri
– Persediaan dalam pemakanan,pakaian dan wang cukup….

Bermimpi shopping dengan suami
– Akan mendapat kesenangan dalam rumah tangga.

Bermimpi mandi bersama
– Akan beruntung tidak lama lagi.

Itulah antara mimpi mimpi baik dan buruk dalam hubungan keluarga,makna mimpi yang kami kongsikan bukan lah satu fakta yang kebenarannya penuh,ianya hanya satu tafsiran yang mungkin terjadi atau sebaliknya.

Thursday, 2 June 2016

JUS CALIPH & CEREAL CALIPH BY HOTCHOCZ

Assalamualaikum ..

Saya Mazreen Mohamad dari Melaka. ID PGR-311 adalah Pengedar Rasmi Caliph. Berminat dengan Caliph boleh Whatsapp/SMS admin di talian 019-666 1996. Puan-puan juga tuan-tuan boleh rujuk di page Facebook saya Caliph Melaka . Pelbagai info yang bermanfaat boleh didapati disana. 


Ok, sebelum kita nak beli, kenalah tahu serba sedikit tentang kebaikan CALIPH.. Jom ..  





CEREAL CALIPH

Anak-anak mudah terdedah dengan gadget dan smartphone??
Menonton TV dengan jarak yang sangat dekat??
Penglihatan kurang jelas??

Kemunculan CALIPH CEREAL - NUTRITION FOR EYES sebagai supplement mata sangat berbaloi kerana selain fungsinya untuk menyihatkan mata ia juga bertindak utk mengelak mata rosak atau rabun diusia muda!!

Seperti yg kita tahu mata merupakan organ pemberian Allah yang sangat bernilai sehingga sejurus selepas kita dilahirkan mata adalah antara organ utama yg akan di periksa oleh doktor. Kami sangat mengutamakan supplement yg mudah di makan oleh anak anak. Kerana kami percaya betapa hebat sesuatu supplement tapi jika anak anak tidak mahu konsume ianya tetap tidak memberi manfaat. Kerana itu supplement ini diwujudkan dalam bentuk makanan harian iaitu Cereal yg lazat.

Diformulasikan dari:
MALTODEKSTRIN
✔ Gula kurang manis yang bertindak sebagai makanan tambahan yang menyediakan tenaga dalam badan

BETA KAROTENE
✔ Menyediakan 50% vitamin A yang diperlukan dalam diet
✔ Vitamin A adalah baik untuk penglihatan mata dan memberikan imunisasi yang kuat terhadap tubuh badan kanak-kanak
✔ Ia juga menghindar daripada penyakit cirit-birit, asma dan demam

GOAT’S MILK (SUSU KAMBING)
✔ Mengandungi kalsium dan fosforus, magnesium dan protein yang membantu kanak-kanak menguatkan tulang


Fungsi Utama:

✔ Membantu meningkatkan dan menajamkan daya penglihatan kanak-
    kanak.
✔ Meningkatkan imunisasi tubuh badan kanak-kanak
✔ Menghindarkan dari Cirit-Birit, Asma dan Demam
✔ Menambahkan tenaga kepada kanak-kanak
✔ Membantu menguatkan tulang
✔ Rasa yang melazatkan
✔ Membantu tumbesaran anak anda
✔ Mencergaskan rohani dan jasmani
✔ Memberi tenaga untuk anak anda

Harga Asal : 1 Unit RM55
Harga Promosi : 1 Unit RM45



CARA PENGAMBILAN CALIPH CEREAL

✔ Bancuh dengan air suam / panas
✔ Dimakan ketika sarapan
✔ Simpan di tempat yang dingin dan kering
✔ Selepas dibuka, lipat bungkusan supaya kandungan di dalamnya tetap segar



CALIPH KIDS EXPERT

Jus Caliph  - Sunnah Supplements for Kids membantu meningkatkan 'brain function', kecerdasan dan kecergasan anak anak. - Ajar Anak IKUT GAYA HIDUP SIHAT dan beri SUPPLEMENT- Selain daripada mengajar anak MENGIKUT GAYA HIDUP SIHAT seperti makan makanan seimbang, beriadah dan sebagainya.

Anak juga perlukan SUPPLEMENT yang boleh membantu mendapat zat dan nutrisi yang cukup dan dapat mengatasi masalah di atas.  Setidak-tidaknya dapat mengurangkan  risiko jatuh sakit yang boleh memberi kesan pada perkembangan dan tumbesarannya.

Caliph Jus Minda merupakan suplement untuk anak anda yang berasaskan makanan Sunnah dan dihasilkan dalam bentuk cecair yang memudahkan pengambilan.
Rasa Mix Berry yang masam-masam manis pasti akan menjadi kegemaran si cilik anda.

Diformulasikan khusus untuk perkembangan minda  di samping memelihara kesihatan dalaman dan luaran anak anda.

Caliph terdiri dari bahan GRED TERBAIK.

Mengandungi makanan sunnah yang amat kaya dengan vitamin, mineral dan serat yang dapat membantu sistem imunisasi tubuh anak anda.

Kurma
Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta Niasin 


Madu
Mengandungi Vitamin A, B-Kompleks, C, E dan K, Kalsium, Sulphur, Fosforus, Zat Besi, Karbon, Kalium, Klorin, Kuprum, Manganase, Silica, Riboflavin, Protein, Pottasium, 10Hda, Kromium


Kismis
Mengandungi Magnesium, Zat Besi, Kalsium, Fosforus, Kalium, Vitamin C, B6, K, Folat dan Riboflavin

Buah Tin
Mengandungi Serat, Kalsium, Zat Besi, Vitamin B6 dan E, Pottasium 


Delima

Mengandungi Pottasium yang sangat tinggi, Fosfor, Kalsium, Zat Besi, Sodium, Vitamin A, B1, B2, B3 dan C 

Aprikot
Mengandungi Zat Besi, Pottasium, Beta Karotena, Vitamin B17 dan sangat tinggi kandungan seratnya

Omega 3 dan Omega 6.
Membantu meningkatkan kesihatan otak dan meningkatkan daya ingatan 


Fungsi Utama:
Mengaktifkan Minda & Perbaiki Kensentrasi dan Tumpuan
Meningkatkn IQ Anak & Ketenangan fikiran
Menambah minat belajar & mengatasi Stress
Mengatasi masalah Hiperaktif & Bantu Pertumbuhan Prima
Mengatasi masalah Bertutur/Berjalan & Kawal Selera Makan
Lebih berkeyakinan & gigih melakukan sesuatu aktiviti
Membantu pengaliran oksigen ke sel-sel otak
Menguatkan daya ingatan & hafalan
Menambah daya kreativiti

Harga Asal : 1 Unit RM80
Harga Promosi : 1 Unit RM70


Cara Pengambilan :

1 hingga 3 tahun
1/2 sudu kecil / 2.5ml 
pagi sebelum sarapan
malam sebelum tidur

4 - 6 tahun
1 sudu kecil / 5ml
pagi sebelum sarapan
malam sebelum tidur

6 tahun ketas
1 -2 sudu / 10-20ml
pagi sebelum sarapan
malam sebelum tidur


Walaupun dikotak jus Caliph ada nyatakan pengambilan jus caliph
bermula dari umur 1 tahun dan keatas..
TETAPI..
boleh juga diberi kepada baby yerr...
dengan cara boleh campurkan 1 SUDU KECIL jus caliph kedalam puree, nestum atau nasi sambil selawat ..

InsyaAllah.. dapat menjadikan baby berkulit cantik, baik untuk mata serta dalamannya..

Selain itu, para ibu-ibu yang sedang menyusukan anak pun boleh juga minum jus caliph ni yerr. Wanita yang mengandung pun amat digalakkan minum. Haa, jomla. Saya dah minum. Anda bila lagi? Sesuai untuk semua peringkat umur. 

Berminat dengan kedua-dua produk CALIPH nie, ada harga istimewa tau 😍


Whatsapp admin jika berminat ya .. 


Hotchocz Marketing 019-666 1996

Hotchocz Marketing 019-666 1996

Hotchocz Marketing 019-666 1996



KAMI MENGGUNAKAN POS LAJU
SETIAP ITEM YANG DIHANTAR AKAN SAMPAI
KEPADA PELANGGAN DALAM TEMPOH 1 KE 3 HARI WAKTU BEKERJA.
NO RUJUKAN ITEM (TRAKING NUMBER) AKAN DIBERIKAN
SETELAH URUSAN JUAL BELI SELESAI.

Terima kasih kerana memilih berurusan dengan kami!!