Wednesday, 16 November 2016

7 Elemen Copywriting Untuk Dapatkan Jualan


1) Headline

Headline adalah tajuk utama yang perlu ada dalam sebuah iklan untuk menarik perhatian prospek.

Anda mempunyai beberapa saat saja untuk tarik perhatian prospek supaya baca iklan sepenuhnya.

Cara mudah menarik perhatian mereka adalah:

– Gunakan perkataan yang beremosi
– Tulis tajuk yang boleh membuatkan mereka rasa ingin tahu
– Elakkan daripada penggunaan nama produk pada tajuk iklan
– Masukkan kelebihan produk atau servis anda

2) Tawaran

Fikirkan apa impian dan masalah pelanggan anda.

Kemudian, jawab soalan ni :

– Apa yang mengecewakan mereka? Contoh, kulit muka berjerawat.
– Apa impian mereka ? Contoh, nak hilangkan jerawat di muka.
– Apa yang produk anda boleh bantu untuk hilangkan jerawat di muka?

Tulis tawaran anda dalam bentuk cerita.

3) Bonus

Siapa je yang tak suka benda percuma kan?

Pelanggan beli produk anda bukan kerana produk semata-mata. Ada nilai-nilai lain yang mereka mahukan.

Berikan bonus yang berkualiti, bukan yang cikai-cikai je.

Letakkan nilai pada bonus tersebut.

Contoh:

Beli cincin berlian berharga RM19,900 dan percuma percutian eksklusif ke Pulau Langkawi 3 hari 2 malam bernilai RM3,000.

4) Testimoni

Dapatkan testimoni daripada pelanggan yang telah menggunakan produk anda.

Testimoni boleh meningkatkan tahap kepercayaan bakal pelanggan terhadap anda.

5) Jaminan

Jika iklan anda mempunyai jaminan untuk produk, ia akan mengurangkan rasa takut yang ada dalam diri bakal pelanggan.

Contoh:

Domino Pizza janji penghantaran dalam masa 30 minit. Kalau lambat, mereka akan berikan satu kupon percuma untuk 1 pizza.

6) Call to Action

Apa yang anda mahu bakal pelanggan lakukan jika mereka berminat dengan produk yang anda jual?

Tulis arahan yang jelas bagi memudahkan mereka mengambil tindakan yang betul.

Contoh:

Nak dapatkan Panduan Kalis Alasan? Klik link di bawah sekarang.

7) Alasan

Anda juga perlu senaraikan jawapan untuk soalan ini:

– Kenapa mereka perlu beli produk atau menggunakan servis daripada anda?
– Kenapa mereka perlu beli produk anda sekarang? Kenapa tak boleh tunggu esok, lusa dan tulat?
– Kenapa mereka perlu dapatkan sesuatu produk itu daripada anda? Kenapa bukan daripada peniaga lain yang ada produk sama?

Credit to Umar Taib

No comments:

Post a Comment