Monday, 30 May 2016

Kita Lelaki Jangan Guna Duit Perempuan

TREND

'KITA LELAKI JANGAN GUNA DUIT PEREMPUAN'

Ayah aku dulu pernah pesan, kita lelaki jangan guna duit perempuan termasuklah duit ibu, adik atau kakak.

1. Dulu-dulu pun kalau ibu bagi duit belanja extra pun tak ambil sebab ayah dah bagi siap-siap awal minggu itu.

2. Kalau nak minta duit extra, kena tanya ibu dulu ada kerja yang boleh dibantu / tlong bibik untuk mendapatkan upah.

3. Kalau bercinta dan keluar dating, jangan pernah bagi perempuan keluar duit untuk bayar makanan, beli apa-apa. Sebelum balik, beri dia sedikit wang belanja, bayar balik untuk duit tambang, minyak dan parking dia datang berjumpa dengan kita.

4. Kalau dah berkahwin, jangan guna duit isteri, sebaliknya bagi isteri duit setiap bulan untuk dia membeli barang-barang peribadi dan kehendak dia (bajet belanja dapur lain). Bajet belanja bulanan tak boleh kira dengan income dari isteri. Itu duit dia, suka hati dia pun nak buat apa.

5. Walau jodoh tak berpanjangan, jangan terus membenci bekas isteri, abaikan nafkah kewangan pada dia sebab dia pernah membahagiakan dan mengabdikan diri pada kita. Kalau dah pernah ada anak bersama, selagi dia belum berkahwin baru, hulurlah belanja bulanan untuk dia. Rajin-rajin hulurkan sikit wang untuk bekas mertua dan anggaplah buat bayar kos sara hidup dan upah dia menjaga anak kita.

Nafkah anak lain, bantuan untuk bekas isteri lain. Ini yang membezakan antara hak dan tanggungjawab.

Nanti ada yang kata, “Kalau camni, bangkraplah aku,”.

Bro, percayalah pada rezeki Tuhan. Walau kau ikhlas berhabis untuk ibu bapa, anak, isteri dan mertua, Tuhan akan berikan lebih. Bak kata Waris, “Jangan salah sangka kenapa lebihkan perempuan sebab lelaki tetap boleh hidup kalau campak dalam hutan,”. – Carlos Rafael

Adab-Adab Berniaga

ADAP-ADAP BERNIAGA..

#selfreminder
Percaya pada rezeki aturan Allah s.w.t

1) Niat

Inilah perkara yang paling asas dalam memulakan setiap ibadah kita baik yang wajib mahupun yang sunat. Dalam kita menjalankan perniagaan kita akan bertanya dalam diri kita apa tujuan kita menceburkan diri dalam perniagaan dan seterusnya kita akan lebih bersikap tanggungjawab dan berhati-hati supaya tidak terjebak kepada yang haram. Hal ini disebabkan oleh kita telah niatkan semuanya kerana Allah.

2) Tidak Menjual Barang Yang Diharamkan

Sebagai seorang Islam yang berakal, kita ditegah daripada mendekati perkara yang diharamkan oleh syariat Islam sendiri. Dalam hal ini, kita disarankan supaya menghindari barang-barang yang diharamkan seperti dadah, arak, majalah porno dan lain-lain.

Bersabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis, maksudnya:

“Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu juga jelas, di antara kedua-duanya adalah syubhah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud ‘Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali perkara yang baik iaitu halal.’ (Hadis riwayat Muslim)

Inilah saranan kepada kita berdasarkan hadis baginda supaya kita berwaspada dalam berniaga. Boleh jadi bagi kita perkara ini seperti tidak membawa kesan, akan tetapi ingatlah berurus niaga barang yang haram inilah yang membawa kepada kerosakan dalam tamadun manusia.

3) Tidak Memonopoli Barang

Antara hak peniaga terhadap pelanggan ialah tidak menyekat barang keperluan asas yang mana ia menjadi nadi kehidupan keperluan isi rumah. Inilah yang dilarang oleh syariat Islam iaitu menyimpan barang dalam masa tertentu untuk dijual apabila berlaku peningkatan harga yang melambung tinggi.

Bahkan ia haram di sisi Islam kerana memberi kemudaratan kepada orang lain. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya;

“Siapa yang memonopoli makanan selama empat puluh hari maka ia terlepas daripada Allah dan Allah terlepas daripadanya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Al Hakimi)

Seandainya perkara ini berlaku, secara tidak langsung membawa kepada ketidakadilan dalam sosio ekonomi yang mana setiap rezeki Allah harus dikongsi bersama. Inilah garis panduan dalam berniaga, baik dalam skop yang besar mahupun yang kecil.

4) Mematuhi Perjanjian

Dalam setiap perniagaan, ada perjanjian atau MoU yang sering diadakan bagi memutuskan persetujuan antara dua pihak (pembeli dan penjual). Dalam syariat Islam, ia dipanggil akad jual beli. Dalam hal ini kita dilarang melanggar perjanjian yang telah disepakati kerana ia boleh membawa kepada kerugian atau hilang kepercayaan pada masa akan datang.

Ini sering berlaku dalam skop perniagaan yang mencecah ratusan ribu  mahupun jutaan ringgit yang mana memerlukan perjanjian serta sikap keterbukaan berdasarkan isi kandungan perjanjian.

Mari kita selak sebentar ayat al-Quran dalam surah Al-Maidah, ayat 1 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah akad-akad itu.”

Lihatlah betapa pentingnya memenuhi perjanjian sehingga pada awal permulaan surah sudah ditegaskan oleh Allah. Betapa pentingnya kita menjaga isi kandungan perjanjian atau MoU ini dan janganlah kita  terikut-ikut sikap bangsa Yahudi yang sering kali mengingkari perjanjian yang ada sehingga dilaknat oleh Allah.

5) Mencatat Segala Urusan Jualan

Istilah resit pembelian atau akaun keluar masuk kewangan sering kali diguna pakai dalam setiap urusan pembelian. Hal ini bertujuan untuk mengukuhkan proses jual beli serta mengadakan proses jual beli di hadapan saksi yang dipercayai.

Dalam hal ini, Allah Taala ada berfirman:

“Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli.” (Surah al-Baqarah, ayat 282)

6) Bersikap Jujur

Jujur dan bersikap terbuka dan tidak menyembunyikan kecacatan yang terdapat pada barang yang diniagakan ketika menjualnya. Sifat ini merupakan sifat yang terpuji dan mudah mendapat kepercayaan orang ramai.

Sikap amanah yang terdapat pada diri penjual memberi tanda kepuasan kepada si pembeli. Tidakkah ini memberi tanda bahawa sifat mahmudah sudah ada di dalam jiwa kita?

Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda:

“Seorang Muslim itu adalah saudara Muslim lainnya, maka tidak halal bagi seorang Muslim membeli daripada saudaranya suatu pembelian yang ada cacatnya kecuali dijelaskan terlebih dahulu.” (Hadis riwayat Ahmad)

7) Menghindari Riba

Perkara yang tidak terlepas dikalangan kita pembeli mahupun penjual. Ia boleh berlaku baik di kalangan kita yang beragama Islam mahupun bukan. Sudah menjadi sinonim, perniagaan sering kali terlibat dengan riba sedangkan di dalam al-Quran, Allah Taala ada menyebut;

“Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah, ayat 275)

Inilah kayu ukur kita dalam menjalankan urusan jual beli dengan sekalian manusia di alam perniagaan. Inilah yang menyebabkan setiap perniagaan kita hilang keberkatannya hanya kerana kita “memandang sebelah mata”, sedangkan kita sudah ada disiplin ilmu dalam bab fiqh muamalat dalam hal ini.

8) Memastikan Barang Yang Dijual Halal

Hindarilah penjualan barang hasil curian atau mengambil hak orang tanpa hak (rampasan). Dalam hal ini, Allah Taala ada berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka diantara kamu.”(Surah an-Nisa’, ayat 29)

9) Menghindari Tipu Daya

Promosi, iklan, poster, pamplet atau sebagainya adalah antara cara sebaran umum kepada pembeli supaya barang kita habis penjualannya. Kita diajar supaya berhati-hati dengan promosi palsu atau jualan penghabisan stok yang mana kononnya untuk menghabiskan barang lama sehingga diberi kadar diskaun yang ‘melampau’.

Lebih-lebih lagi di zaman teknologi yang serba canggih ini, pelbagai promosi dilakukan oleh penjual demi menarik perhatian pelanggan walaupun perkara tersebut jelas bertentangan dengan Islam. Akses internet yang menjadi medium utama dalam menjalankan perniagaan sering kali diguna pakai untuk mengaburi mata pembeli. Walau apa pun, terpulang pada diri kita sendiri bagaimana cara kita menggunakannya.

10) Menjaga Syiar-syiar Islam

Menjaga segala perintah syarak dengan baik dan sentiasa menjauhi segala larangan Allah Taala merupakan kunci kejayaan kita di dunia. Sentiasa mendahulukan Allah dalam setiap aspek kehidupan kerana ia memberi kebaikan kepada diri kita sendiri. Contoh paling mudah ialah menjaga solat berjemaah, bersedekah, infak dan sebagainya.

Sebaik-baik manusia ialah orang yang tidak melebihkan dunia daripada akhiratnya. Al-Quran ada menyebutkan tentang hal ini dalam surah an-Nur, ayat 37;

“Ibadat itu dikerjakan oleh orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta memberi zakat. Mereka takutkan hari kiamat yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

Inilah serba sedikit adab-adab yang penulis ‘hidangkan’ kepada pembaca sekalian supaya kita sama-sama kembali kepada asas ketika berniaga. Janganlah kita abaikan aspek ini kerana di sebalik perniagaan yang kita lakukan, ada berkatnya. Contoh tauladan dari Rasulullah s.a.w, para sahabat dan para ulamak patut dijadikan sebagai cerminan dalam memajukan perniagaan kita.

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak (manusia),” sabda Nabi Muhammad s.a.w.

Friday, 27 May 2016

Tips & Nasihat utk Rakan Bisness

ASSALAMUALAIKUM

Tips & nasihat utk rakan peniaga rakan bisnes online terutamanya newbie 😊
Utk yg bru nk bermula.....

mungkin ada yg rasa kecewa bila post kita x dpt response...betul kan?
Nk tau apa sbbnya?
Sblum ni kita x pernah post pasal produk.....tiba2 skrg bru ada.

Org sedang memerhati kita sebenarnya.....sbb sekali tgk, mrk x akn terus order.

Teruskan post ..... sbb post yg awal2 ini adalah hanya sekadar ingin memperkenalkan diri dan produk yg kita jual......jgn target nk menjual terus, pasti anda kecewa.
Bila viewers dah selalu tgk post kita, bru keyakinan akn timbul....sbb dia tau, kita memang betul2 seller yg boleh dipercayai....

Jika kita post 2x, 3x shj.....lps tu stop(sbb frust kononnya)....org lg x percaya kt kita.
So....utk permulaan ni, post sekerap mungkin, 1/2jam sekali dan setiap hari...non stop.
Smpai 1 tahap...bila org nmpk nama kita je org dah tau kita ni pengedar & peniaga.
Tp nk smpai tahap tu.....buat dan terus buat.......konsisten...istiqamah.
Hasilnya pasti x mengecewakan....👍 👍 👍

Muhasabah diri........tanya balik......siapa kita ni smpai sekali post terus org nk beli....?

Dlm kursus sabtu lepas.....Jutawan on9 yg berjaya pn eida hassan beritau......dlm 1 jam, dia post sbyk 5x.......
12 minit, 1 post....
Cer tgk....kita post brp x dlm sejam....?
Jd.....lps ni, ubah cara berfikir, ubah cara bekerja.....
Insyaallh....semua pasti boleh cemerlang💪 💪 💪

14 cara nk berjaya

1.buat bisnes (knowledge)
2.sentiasa fokus pada matlamat
3.kuasai suara kecil dlm diri anda
4.kuasai kepercayaan/keyakinan (tukar sistem kpercayaan kita)
5.tukar persekitaran/suasana hidup yg lbih positif
6.perhatikan dgn siapa kita bergaul/berkawan
7.konsistens
8.follow sistem 100%, strategi
9.kuasai ilmu yg khusus
10.komitment dgn mentor
11.tingkatkan nilai diri anda
12.tulis platform/skill tahun ni dn pergi blajar
13.siapkan satu2 impian anda, yg dh capai take.
14.sumbangan (stiap bulan bg sumbangan pd siapa2 sj wpun sikit2)

3 CARA MENGUASAI DIRI
1.persoalan diri (bisikan2 negatif)
2.lawan balik suara hati yg negatif
3.follow n tambah lagi dgn idea yg lebih baik

Penghalang utk berjaya
1.kurang energy
2.kurang fokus
3.kurang sihat
4.kurang minat
Pembunuh kberanian/keyakinan manusia:
-TAKUT, WAS2, RAGU2
*bisikan org yg negatif amat bahaya.
*apa yg org ckp pasal kita tidak penting tapi apa yg kita cakap pasal kita lg penting.
*jgn campur org2 yg bergaduh.
*manusia senang terima sesuatu yg reality.
*protect kolam(hati/jiwa) anda/ jaga kolam anda dr perkara2 yg negatif..

SEDIKIT TIPS BUAT YANG BERNIAGA
Tlg jadikan rutin harian uols....
Waktu paling berkesan utk update ialah
Jam 9 pagi
Jam 3 ptg
Jam 9 mlm
Hari efisien ialah pd hari bekerja....
Hari minggu jarang org tgk fon
Sehari 6 kali update.....
Manusia akn lebih mengingati jika dia nmpak dan baca promosi kita 6 kali sehari.....

1 kali tgk baru dia buat derkk..
2 kali tgk dia rasa nk baca
3 kali tgk dia rasa berminat
4 kali tgk dia rasa teruja
5 kali tgk dia rasa x tahan
Yg ke 6 kali dia akn buat keputusan utk PM @ WATSAP kita

Tips ni dr Irfan Khairi
Jgn give up dear, InShaaAllah. Ada la rezeki.. Bila dah ada yg pertama order, insyaAllah yg ke 2 Allah permudahkan.... Tawakal dan usaha...

Bina Kehidupan Sederhana Selepas Kahwin

Setiap pasangan berkahwin mempunyai impian membina rumah tangga yang serba lengkap iaitu ada rumah, kereta dan peralatan moden yang memudahkan kehidupan mereka. Tetapi, tidak semua orang dapat mencapai impian hidup mewah dan senang selepas berkahwin.

Ini kerana sebelum berkahwin mereka sudah membelanjakan wang yang agak banyak untuk beberapa majlis. Umpamanya bermula dari majlis pertunangan sehingga perkahwinan. Hutang yang terbeban oleh pasangan yang baru berkahwin memang banyak. Justeru bagi yang bijak mereka akan sentiasa berhemah dalam perbelanjaan dan mengamalkan hidup sederhana bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga dan mengelak konflik suami isteri kerana masalah kewangan.

Berikut adalah tip untuk mengamalkan hidup sederhana bagi pasangan yang baru berkahwin.

1.Jika belum mampu membeli rumah sendiri, sewa rumah yang mampu dibayar. Biar tidak besar asal selesa dan dapat dijadikan tempat tinggal buat sementara selagi belum mampu memiliki rumah sendiri. Tinggal sendiri boleh mengajar pasangan tentang ilmu berumah tangga kerana apabila sudah tinggal berasingan dari keluarga mereka perlu lebih bijak merancang kehidupan.

2.Membeli keperluan asas dalam rumah tangga, seperti set dapur, pinggan mangkuk, sudu garpu senduk, seterika dan sebagainya serta set bilik tidur dan keperluan harian yang bersesuaian dengan harga yang mampu dibayar. Buat sementara waktu beli yang tidak terlalu mahal harganya.

3.Kenderaan amat penting sebagai pengangkutan ke tempat kerja atau balik kampung. Jika ada duit simpanan boleh membeli motor untuk memudahkan perjalanan suami isteri ke tempat kerja atau membeli kereta yang kecil dan murah untuk kegunaan suami isteri. Jika tidak mampu naik kenderaan awam sahaja ia lebih menjimatkan kos hidup.

4.Masak di rumah dan tidak membazir dengan membeli makanan yang mahal dan sentiasa berhemah dalam perbelanjaan. Memasak di rumah bukan sahaja menjimatkan malah mengeratkan hubungan suami isteri. Kata orang tua, air tangan isteri akan membuatkan suami akan sentiasa mengingati isterinya.

5.Jangan membeli barang yang tidak perlu seperti hiasan rumah yang hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Elakkan membeli peralatan rumah yang tidak kerap digunakan. Berbelanja hanya bila perlu sahaja.

6.Sentiasa mengamalkan konsep bersyukur dan tidak tamak serta iri hati melihat apa yang orang lain ada. Misalnya melihat orang lain membeli baju, tudung, kasut dan barangan berjenama, kita juga mahu yang sama. Memadai dengan barangan biasa yang boleh dipakai dan tahan lama.

7.Jangan selalu bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Ikut kemampuan diri dan sentiasa berhemah dalam apa juga yang dibelanjakan. Jika ada wang lebih menabung sedikit demi sedikit.

8.Dari awal perkahwinan jika sudah mengamalkan gaya hidup sederhana ia akan menjamin kebahagiaan hidup di masa depan. Walaupun mungkin ada yang mampu hidup mewah selepas berkahwin, buang rasa sombong dan ego serta sentiasa mendidik anak-anak dalam suasana kehidupan yang sederhana bagi mendidik jiwa mereka menjadi mulia.

Kesimpulannya, memulakan kehidupan berumah tangga dengan cara hidup sederhana amat dituntut dalam agama. Mereka juga dapat menghayati konsep bersyukur dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.

Credit to Pesona Pengantin

Apa Salah Menarik Orang Menjadi Jutawan?


Malangnya i terpaksa utk tidak bersetuju dgn statement ini. 

Kita perlu support sebenarnya ISLAM nak jd Jutawan biar org islam semua kaya. Bila islam kaya kita kuat. Apa salah dengan mengajar org menjadi Jutawan.? 

Bukan kerja keras n ilmu yg menjadikan kita kaya. Itu hanya Asbab. Sebaliknya rezeki itu hak Allah nak pilih siapa. Ada org kerja teruk siang malam masih belum kaya. Ada org belajar tinggi tapi masih belum  berjaya dlm hidup.

Kakfel bercakap sbb kakfel kenal ramai jutawan ISLAM buat produk ni. 

Issue produk menipu and all. Segelintir shj yg menipu . Yang lain sedang berkembang perlahan lahan dengan procedure yg betul. Mmg tak boleh samakan dengan produk international sbb kita masih baru dlm dunia and bidang ni. 

Kita dilahirkan pon tak terus jadi besar kan? Kita membesar perlahan lahan . Sama macam bidang ni... 

Jangan letak salah atas semua hanya sebab segelintir, kdg2 bila kita banyak follower kita perlu berhati dlm penulisan. 

Risau akan mengakibatkan perbalahan atau kecil hati org lain yg juga sedang berjuang dlm bidang mereka. Dengan misi yg sama seperti Artis, ilmuwan and all.. "Untuk memberi kejayaan kepada manusia and ISLAM" . Cara kita shj berbeza. 

Sepatutnya kita bangga sebab , sebab kita ada anak muda yg tak belajar tinggi tapi mampu cipta kejayaan luarbiasa. Sebagai Islam we shud support our brothers and sisters. 

But dari soal convince anak muda tak habis belajar kakfel setuju. Itu tak patut buat. Biar semua habis belajar. 

Pelajaran juga penting.. Kakfel melalui fasa sekolah, dan University, di situ banyak pembelajaran. Banyak pengalaman . 

Bukan masalah siapa mereka and apa kelulusan mereka. Tak mesti kalau jutawan ni tak pndai SPM mereka juga tak pandai bisnes. Allah anugerahkan keupayaan berbeza. Takperlu argue kuasa Allah. 

Bijak pandai bukan ukuran dari kecemerlangan Akademik semata, itu cuma salah satu cara shj. Bukan membuktikan semua benda . 

Ilmu Allah cakap cari, bukan ditulis hanya cari di sekolah and Uni tapi boleh je dengan berniaga banyak ilmu kita dapat. 

Apa salah dengan menarik org menjadi Jutawan? Ada org mmg kepakaran dia dalam pelajaran , ada yg tak mampu nak belajar dengan baik. Habis kalau yg tak belajar dengan baik ni tak diasah menjadi Jutawan? Adakah rela kita melihat bangsa kita sendiri susah sampai bila bila? 

Kakfel cuma bertanya supaya berfikir... Jangan jatuhkan semngat mereka.. 

Rasa tak nak tulis this risau jd issue,but since people share and benda makin menular. Kakfel cuma utarakan pendapat kakfel seperti mana kak Wardina utarakan pendapat dia.

Menghormati pendapat masing masing. Jalan terbaik.

Credit to Felinna Nadea

Thursday, 26 May 2016

Berapa Jauhkah Anda Boleh Memandu Dengan Lampu E Menyala?

Berapa Jauhkah Anda Boleh Memandu Dengan Lampu E Menyala?


Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa jauh kereta anda boleh pergi bila lampu amaran tangki minyak simpanan mula menyala? Penting untuk anda mengetahui jarak anggaran yang boleh dipandu setelah lampu amaran ini mula menyala kerana jika anda tersalah anggaran, anda mungkin akan kehabisan minyak sebelum sempat mengisinya semula.

Jadi berbalik kepada persoalan berapa jauh jarak yang boleh dicapai sekiranya lampu amaran ini sudah menyala? Jawapan yang dicari sebenarnya ada pada buku manual kereta anda.

Lampu amaran tangki minyak simpanan akan mula menyala memberikan amaran apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 7.5 liter. Ia akan berkelip dengan kadar perlahan dan akan berkelip dengan lebih laju apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 6.0 liter.

Menurut Dato’ Ir Hj Mohamad b Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ)

1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60km.

2. E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud Enough.

3. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10km.

3. Tambahan lagi 10km jika anda memandu sekitar kelajuan 50km/jam secara konsisten.

*Nota – Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa

☝☝☝☝
info berguna untuk semua.. selamat memandu...

Wednesday, 25 May 2016

BUKAN SEBAB DIRI KITA BAIK

Kadang kadang kita berjaya and Kaya BUKAN SEBAB DIRI KITA BAIK , bukan sebab doa kita Allah makbul..bukan hanya sebab amalan kita bagus.

Tapi mungkin doa orang lain kepada kita yg membuatkan hidup kita semakin senang setiap hari...

Jangan kita melihat mereka yg susah sbg tidak sebaik dan kurang Alim dari kita. kita pandang mereka seolah mereka ke neraka  kerana gagal di dunia.

Allah mungkin sedang menguji mereka dengan kesusahan dunia,jaga jaga... kerana Allah mungkin sedang uji kita ttg rasa Riak and Takkabur.

Kaya atau miskin duanya adalah ujian tanpa sedar. Allah adil , dia tidak menguji hanya kita di dunia.. semua org sedang hadapi ujian..

Bagaimana cara mengatasi shj membezakan kita smua. muhasabah bersama..

Duit kita juga bukan hak kita..selalu anggap kita hanya menumpang , baru kita takut utk terlalu mendongak ke langit...terus KUAT SEMANGAT UTK MENJADI LEBIH BAIK AND BERUBAH SETIAP HARI.  

Credit to Felinna Nadea
#tipsfelinnanadea

Jaga Aurat Walau Di Rumah Mertua

Perkahwinan bukan “lesen” untuk wanita membuka aurat di depan keluarga mertuanya. Walaupun mertua sudah menjadi mahram, itu tak bermakna anda boleh menampakkan aurat sesuka hati bila bersama keluarga baru.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (QS An-Nuur 24:31)

Bagaimana pula dengan aurat wanita bila bersama dengan keluarga suami?

Rasulullah SAW pernah ditanya tentang perkara ini dan Baginda menjawab, “keluarga suami lagi musibah (mati)”.

Imam Nawawi menjelaskan bahawa ahli ilmu sepakat mengatakan bahawa “Hamwu atau Ahma” adalah saudara mara suami seperti ayah, bapa saudaranya, saudara kandung, anak saudara, sepupunya dan sebagainya. Tegas beliau, maksud hadis ini adalah saudara-mara lelakinya kecuali bapa dan anak suami (kerana mereka dikira sebagai mahram bagi isteri) jadi mereka tidak boleh dipanggil sebagai musibah (mati). Menurut beliau, ramai orang mengambil mudha hal ini, hingga seorang isteri boleh dibiarkan berseorangan dengan abang atau adik lelaki suaminya. Ini merupakan salah satu contoh situasi yang dianggap bermusibah sebab ia adalah situasi yang boleh menimbulkan fitnah yang dilarang.

Menayangkan Aurat Perempuan Bukan Mahram dan Perhiasannya Yang Tersembunyi Kepada Lelaki Ajnabi

Allah SWT berfirman yang maksudnya, “Jangan kaum wanita memperlihatkan perhiasa tubuh mereka kecuali yang zahor daripadanya”. Perbuatan mendedahkan auray dan menimbulkan nafsu lelaki selaind aripada suami sendiri sudah pasti satu dosa dan perbuatan yang dibenci Allah SWT.

Pada asasnya, harus atau haram melihat anggota seseorang adalah bergantung pada sama ada ia boleh mendatangkan fitnah, membangkitkan syahwat atau tidak. Jadi lelaki yang tak dapat mengawal nafsunya tidak harus emmandang muka wanita yang bukan mahramnya walaupun muka itu bukan aurat. Dia juga haram melihat wajah lelaki tampan atau lelaki lembut jika itu boleh menaikkan nafsunya.

Sebahagian besar ulama berpendapat bahagian yang harus dilihat sesama mahram adalah anggota yang biasa terdedah ketika bekerja atau pakaian yang biasa dipakai ketika berada di rumah. Mereka menyebut beberapa anggota seperti muka, kepala, leher, dua tangan hingga siku dan dua kaki hingga ke lutut. Selain daripada anggota tersebut, tak harus dilihat kerana tak ada keperluan untuk membukanya.

Namun, dalam Islam ada beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu.

Perintah tutup aurat difirmankan Allah SWT. “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (QS Al-Ahzaab 33:33)

Penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan zakat, solat, dan perintah-perintah yang lain.

Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup nafsu sesama kita. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Empat Amalan Mudah Mencapai Redha Allah.

📖 Tazkirah Ringkas 📖

Empat Amalan Mudah Mencapai Redha Allah.

Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…

Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.

Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok.

Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut.

Keempat : Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari jalan yang tak disangka.

Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.

Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.

Tuan Guru Dr Haron Din
06 january 2016 Rabu
26 Rabiulawal 1437H
Tazkirah Ringkas

Credit to Azy Fadzli

Kumpul Mata Ganjaran Bersama Admin Caliph by Hotchocz

Bermula APRIL ini, kumpul mata ganjaran untuk memenangi hadiah misteri
Harga asal rm80 sebotol
1 botol rm75
2 botol rm130
3 botol rm180
6 botol rm300



Dengan izin Allah, Jus Caliph membantu memberi kesan yang baik kepada anak anak yang mengamalkannya.Berfungi keatas minda/IQ anak untuk :

✔Mengaktifkan Minda & Perbaiki Kensentrasi dan Tumpuan
✔Meningkatkn IQ Anak & Ketenangan fikiran
✔Menambah minat belajar & mengatasi Stress
✔Mengatasi masalah Hiperaktif & Bantu Pertumbuhan Prima
✔Mengatasi masalah Bertutur/Berjalan & Kawal Selera Makan
✔Lebih berkeyakinan & gigih melakukan sesuatu aktiviti
✔Membantu pengaliran oksigen ke sel-sel otak
✔Menguatkan daya ingatan & hafalan
✔Menambah daya kreativiti

Sesuai dr 6bulan hingga dewasa. Atok, nenek, tok wan, mak tok pun boleh. Rasa mix fruit/berries.

"MAMA NAK CALIPH , KAMI SUKA CALIPH"

BOOKING juga diterima

😙 Belian bersama mata ganjaran
😙 Kami rekod belian anda
😙 Cukup 10mata, anda akan dapat hadiah misteri
😙 Tiada had masa dan tarikh
😙 Mini agen dikecualikan
😙 Mengikut terma dan syarat

COD area Melaka Tengah

Whatsapp: +6019-666 1996
Mazreen Mohamad (PGR-311)

Why Confuse? Choose Caliph Kids Expert.
Jangan lupa , MAMA NAK CALIPH!

https://www.facebook.com/CaliphKidsMelaka/

https://www.instagram.com/hotchocz73/

#HotchoczMarketing #CaliphKidsMelaka
#CaliphbyHotChoCz #caliphmakanansunnah #caliph #caliphmurah#caliphkidssupplement #caliphkidsexpert #testimonicaliphfeedback#testimonicaliph #caliphmalaysia #caliphmelaka #supplements#MiaDutaCaliph #miasara #fynnjamal #caliphborong #caliphbest#CaliphMelaka #SupplementMelaka


Testimoni Caliph

❤Gembira apabila melihat kejayaan si anak.
❤Gembira apabila melihat ibubapa ceria.
❤Gembira apabila melihat segala yang kita doa dan hajati dimakbulkan.
❤Gembira apabila kebaikan yang kita kongsi mendapat manfaat bersama. 
❤InsyaAllah semoga akan berterusan kecemerlangan dalam apa jua bidang.

#CaliphKidsExpert

Pertama Kali Membeli Caliph Supplement

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ..

Inilah kali pertama sy membeli Caliph Supplement.. Anak2 suka dan memang ade perubahan y positif pd anak2 sy. InsyaAllah sy akan teruskan mengamal minum jus Caliph. Even sy sendri minum jus Caliph nie krn susukan baby. Sdp dan lazat. Manis2 buah. Mix berries.

Dan terdetik kuat dlm hati sy utk mjadi agen Caliph krn percaya dan yakin dgn pemakanan sunnah nie. Ingin saya berkongsi 1001 kebaikan Caliph ini bersama anda semua 😄😄

Jom lawat page FB Caliph by Hotchocz
Ada pelbagai info menarik utk anda.

Sharing is Caring

Dengan izin Allah, Jus Caliph membantu memberi kesan yang baik kepada anak anak yang mengamalkannya.Berfungi keatas minda/IQ anak untuk :

✔Mengaktifkan Minda & Perbaiki Kensentrasi dan Tumpuan
✔Meningkatkn IQ Anak & Ketenangan fikiran
✔Menambah minat belajar & mengatasi Stress
✔Mengatasi masalah Hiperaktif & Bantu Pertumbuhan Prima
✔Mengatasi masalah Bertutur/Berjalan & Kawal Selera Makan
✔Lebih berkeyakinan & gigih melakukan sesuatu aktiviti
✔Membantu pengaliran oksigen ke sel-sel otak
✔Menguatkan daya ingatan & hafalan
✔Menambah daya kreativiti

Sesuai dr 6bulan hingga dewasa. Atok, nenek, tok wan, mak tok pun boleh. Rasa mix berries.

Harga asal rm80

Promosi sekarang,

1 botol rm75
2 botol rm130
3 botol rm180
6 botol rm300

+ FREE GIFT + FREE POST SM + RM10 POST SS

COD area Melaka Tengah (Banda Hilir, MITC, Semabok Petronas kfc)Boleh dibincang

Sekiranya berminat, hubungi saya
Whatsapp 019-666 1996
IG Hotchocz73

ID PGR-311 Melaka

PERKARA YANG SELALU BERMAIN DI FIKIRAN IBU BAPA

2 ANTARA PERKARA YANG SELALU BERMAIN DI FIKIRAN IBU BAPA.
-
1) Anak selalu jatuh sakit, tak sihat. Maybe disebabkan persekitaran atau antibodi diorang sndiri yg kurang.

2) Anak takdak selera makan, berat tak naik langsung. Ramai ibu bapa risau tntang ni. Dan sgt perlu amik berat.
-
Penyelesaian? Ok meh sy share. Tp kena ingat dan terus ingat. Simpan dlm otak tu. Hahahaaa. Setiap soalan ada jawapan. Sama jugak dgn masalah. Setiap masalah mesti ada penyelesaian, InsyaAllah.

Ini antara apa yg sy boleh bantu dan cadangkan. Beri Caliph Supplement utk anak anda amalkan. InsyaAllah berkesan.

Sebab dalam caliph ni ada kurma. Yg mana sgt mmbantu utk tingkatkan bekalan tenaga. Jadi anak anda akan selalu cergas dan sihat. Dpt bantu utk tingkatkan antibodi jugak.

Ok dan kita ada jugak buah delima dalam jus caliph! Istimewa delima ni mmbantu utk tambah selera makan kanak2. Jadi anak siapa yg kurang selera makan atau tak nak makan sgt tu boleh la try bagi Caliph Supplement ni. Mana tau nnti berkesan dan membantu, InsyaAllah.
.
“Mcm mana dgn anak sy yg besar dan agak berisi? Adakah dia akan bertambah selera makan jugak?” - Hehehee, kalau yg tu jgn risau sbb tambah selera makan tu hnya berkesan kpd sesiapa yg takdak selera atau tak lalu makan je. Selain tu its okay, InsyaAllah.

Itu shj perkongsian admin buat masa ni. Nanti sharing lagi ya.

Utk info lanjut tentang Caliph Supplement boleh contact 019-666 1996

ID PGR-311

#CaliphKidsExpert
#CaliphSupplement
#CaliphCereal
#MamaNakCaliph
#MiaDutaCaliph

Fitnah! CALIPH SUPPLEMENT SEDANG DALAM SIASATAN?

Fitnah!
CALIPH SUPPLEMENT SEDANG DALAM SIASATAN?

Ini Fitnah ke atas kami, barangsiapa menyebarkan maka dia juga sedang menyebarkan fitnah."

Siapa yg mulakan ni kakfel taknak tahu sbb Allah ja balas, dan permainan ini dh biasa dalam bisnes, jatuhkan sesama sendiri.

Sedang rancak disebar di WhatsApp sekarang. 😂

"Pihak Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan sedang mnjalankn siasatan ke atas produk Caliph Supplement di sebabkn faktor2 tertentu..jd kpd sesape yg ade bg ank2 minum caliph supplement atau sedare2 yg amal minta berhenti dlu buat smntara shingga proses siasatan selesai..

👆🏻sumber sahih kwn2 kakak pegawai farmasi yg tgh wat siasatan"

Ok ni kakfel nak explain kalau Caliph dlm siasatan perkara pertama sekali kena geledah adalah kami di HQ , dan semua produk kena sita tak boleh dijual. Apekehal la hampa ni nak potong line org meneiaga dok pi sebar benda tak betui.

Hampa tau dak kalau hampa bagi org jatuh pon belum tentu hampa kaya. Tulah suruh masuk kelaih kakfel belajaq cara menjemput rezeki takmau.

Hampa semua share lekaih. Hampa semua pi boh kat group and sebarkan balik lekaih kata semua ni palsu! Fitnah yg nak menjatuhkan org islam. Hat yg tak tahwan punca pon pi share buat apa.

Sah sah kat atas tu dia sendiri taktau dr sumber mana berita mai. Yg dia tau sumber sahih kakak farmasi. Mintak dia number id kakak tu. Pegawai nama apa.

Ok kakfel tak marah. Nak berdoa sbb Allah bagi peluang kakfel teraniaya sbb nak bagi lagi mudah termakbul.

Ok tekan klik and share status kakfel sampai lapan juta bagi kebenaran tersebar! #caliphdifitnah

cc: Puan Felinna Nadea Ed Fattah

Suggest Caliph Untuk Anak Tercinta

Sy memang suggestkan untuk anak2 yang ada masalah tertentu seperti

💮susah bangun pagi,
💮lambat bercakap,
💮tak minat belajar,
💮lemah dalam akademik,
💮kuat memberontak,
💮hyperactive dan
💮tak mendengar kata.

Puan2 jangan stress-stress okay, insha Allah Caliph dapat membantu, tugas admin hanya nak sampaikan manfaat Caliph ini.

Kita berikhtiar dan yang paling penting ialah jangan lupa selalu berdoa untuk anak2 kita 😊 insyaAllah ..

Jom sembang2 ttg Caliph dgn lebih lanjut. PM atau Whatsapp(fast reply) 019-666 1996

ID PGR-311 


#CaliphKidsExpert

LIKU-LIKU PERTUNANGAN

LIKU-LIKU PERTUNANGAN.

Fasa Pertunangan ialah fasa dimana ujian cabaran dugaan bakal pengantin perlu hadapi sehinggalah detik ijab kabul lafas nikah oleh wali dan bakal suami.

Dari permulaan cabaran mencari tarikh pernikahan, faktor kewangan, kengkangan masa, persiapan majlis, gangguan emosi, tekanan daripada pihak-pihak yang bercanggah pendapat, hadirnya bekas kekasih, kejujuran, kesetiaan, keimanan, kesabaran diuji satu persatu oleh bakal pengantin.

Air mata fasa pertunangan adalah perkara biasa. Mengadulah kepadaNya. Mintalah ketenangan, kekuatan, jalan penyelesaian, kelancaran dan keyakinan untuk pernikahan ini.

Berjuanglah untuk jodoh ini. Kerana lelaki ini yang berjuang untuk  membahagiakan, berkorban macam perkara untuk sampai ke gerbang perkahwinan demi menemani sang isteri sehingga akhir hayat.

Berjuang dan selebihnya tawakal kepada Allah SWT. Betulkan niat pernikahan ini, janji Allah SWT itu pasti. Semua urusan diperlancarkan dan akan dipermudahkan sehingga lafaz ijab dan kabul.

Kredit : #tukangpalletbatupahat
#dulanghantaranpallet

Kredit gambar : Sawah Padi

Ulangkaji Bab Puasa

Ulangkaji Bab Puasa :-

Niat Puasa -

"Sahaja aku berpuasa,
pada esok hari
kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan
pada tahun ini
kerana Allah Taala"

Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa:-

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa :-

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)
2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu

# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah..
Insyallah..
😀😀😀

* bukak posa dgn buah kurma + minum ayaq suam.

** JANGAN minum minuman bergas + ais

*** Ambil peluang utk Kurangkn / berhenti merokok.

Tuesday, 24 May 2016

Utk Apa Anda Berniaga?

Melihat kepada banyak nya owner produk sekarang kakfel dah mula rasa risau.

Sebab apa?

Sebab kakfel tgk ada di antara mereka mula merasa hebat dan menjatuhkan rakan rakan lain dgn strategy marketing yg tak bagus.

Mencipta cerita palsu malah ada yg lebih berani menjatuhkan pesaing dengan fitnah dan penipuan.

Utk apa anda berniaga? Utk berlawan lawan siapa lebih kaya dan strategy siapa lebih hebat atau mahu naikkan taraf ekonomi islam?

Jangan di mulut kita perkatakan hal islam tetapi di belakang tabir kita membunuh org islam tanpa sedar.

Menjadi kaya itu pilihan. Kalau dengan kekayaan kita lupa diri . Muhasabah kembali.. 

Tak de guna duit dalam akaun berjuta kalau lubang kubur nanti sempit.  Kerja 24jam hanya utk diseksa di neraka.

Berbaloikah hidup kita?  Hidup di dunia bersederhana sudahlah .. Yg utama redha Allah .

Credit to Puan Felinna Nadea

#tipsfelinnanadea  #menujukejayaan

Tips Mengelakkan Anak-Anak Rabun

~ Tips Mengelakkan Anak-Anak Rabun ~

Cuba tengok di sekeliling anda, berapa ramai orang yang memakali kaca mata?

Di hujung sana tu, ada anak kecil yang sedang memakai cermin mata? Comel? Memanglah kalau kecil-kecil nampak comel semuanya, tetapi masalahnya ini akan menyebabkan beberapa masalah kepada si dia.

Atau mungkin anda sendiri merupaan salah seorang daripada orang yang rabun ini. Mesti anda pernah merasa betapa teruknya hidup anda tanpa kaca mata. Kabur, semuanya kabur, semuanya tidak jelas. Cermin mata dan anda memang sangat sinonim.

Bayangkan pula, jika anak anda masuk ke asrama. Cermin matanya pecah kerana terpijak oleh rakan. Bagaimana mereka akan fokus untuk belajar didalam kelas?

Dan tentu sekali selepas diri sendiri (jika anda merupakan orang yang rabun), melalui semua kesukaran ini, anda tidak mahu anak-anak anda melalui perkara yang serupa. Kan? Jadi amalkanlah 5 tips yang kami kongsikan ini.

☆ Kurangkan aktiviti di dalam rumah yang membuatkan mata anak melihat objek yang static seperti menonton televisyen, melihat telefon pintar, computer tablet atau permainan video di televisyen. Jika membuat aktiviti tersebut, hadkan masa paling optimum sebanyak 30 minit.

☆ Galakkan anak melihat pemandangan hijau dan jauh.

☆ Galakkan anak melakukan aktiviti di luar rumah seperti bersukan, berbasikal, berenang dan memanah.

☆ Beri anak makan makanan berkhasiat yang kaya dengan karoten seperti lobak merah.

☆ Sekiranya anak membaca atau menulis, pastikan mereka duduk dalam postur tegak di kerusi dan meja yang bersesuaian. Elakkan meniarap atau berbaring untuk melakukan aktiviti ini.
Pastikan jarak buku dan mata adalah 30 cm semasa membuat aktiviti membaca.

Tips-tips yang kami kongsikan ini memang nampak klisye dan pendek. Tetapi impaknya sangat besar dalam membantu anak-anak anda supaya tidak menghadapi masalah rabun di kemudian hari.

Cubalah anda amalkan, dan sentiasalah berdoa yang terbaik untuk anak anda. Sebagai seorang muslim, kita sentiasa percaya bahawa apa yang kita lakukan cumlah ikhtiar, kita tidak pun berkuasa atas segala sesuatu yang terjadi kepada diri kita apatah lagi orang lain. Kan?
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain!

credit article : Ohsemmama.com

The Gift Of Life

The Gift Of Life.

Kadang rasa tertekan dengan anak bila kita sibuk dia pun "sibuk" nak kacau.

But sepanjang hampir 5 tahun membesarkan mereka ini, mana-mana pergi, kami cuba bawak. Yes terfikir akan gangguan, menyusahkan tapi mereka adalah cahaya kegembiraan kami.

Ada masa saya rasa nak marah, tapi sy kenang, mereka budak lagi, mereka pewaris sy dan suami. Apa yg sy tunjuk itu yg mereka akan ikut.

Sebenarnya proses membesarkan anak adalah proses pembelajaran terbaik. Mendidik ibu bapa erti kesabaran yg tinggi. Anak-anak adalah ujian untuk setiap ibu bapa.

Bagi yg ada anak hargai mereka sebaiknya, manakala yg belum ada rezeki anak yakin dgn aturan Allah. Setiap dari kita merancang.Tapi kena ingat yg Allah juga merancang.

Ummi sayang semua anak ummi.

Credit to Rafie Ramli

Sometimes You Win, Sometimes You Learn

Assalamualaikum and Good Morning 😄
.
Ehem dok gosok gosok mata lagi ka tu? Harap tak tidoq dah lah noh. Hari hari kena semangat nak mulakan hari kita 💪
.
Quotes hari ni "Sometimes you win, sometimes you learn"
Haa kat sini nak tekankan tiada istilah gagal atau kalah selagi kita bernafas. Dalam apa jua yang kita lakukan jika tidak berjaya bermakna kita mendapat satu pengajaran dari apa yang kita buat.
.
Jangan anggap kita orang yang gagal bila tak berjaya melakukan sesuatu. Sebab selagi kita masih hidup perjuangan dan usaha mesti terus berjalan. Jangan pernah putus asa! Sebab dunia ni tempat ujian, akhirat nanti adalah penentu segala galanya.
.
Jangan bersedih, kalau dekat dunia kita tak dapat mana tahu dekat akhirat pula berganda ganjarannya? Insyaallah.
.
Ayuh berhijrah dan ayuh menuju kejayaan ❤️
.
.
Credit to Felinna Boutique
#AdminKalutFelinna

GET CLEAN HOME CARE SYSTEM

 "GET CLEAN HOME CARE SYSTEM".

Iaitu Basic-H Organic Super Cleansing Concentrate, Dishwash Concentrate, Fresh Laundry Concentrate and Soft Fabric Concentrate. Apa yg menarik mengenai keempat2 produk yg terdapat dalam "Get Clean Home Care System"?

1) Basic-H Organic Super Cleaning Concentrate

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.>>

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran dirumah

Kepekatan berganda dimana 16oz boleh dicairkan dengan 48gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan

Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira dalam atau diluar rumah

Dapat menanggalkan kotaran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan berminyak lagi

Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic-H dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan sebarang kesan sabun.

Tahukah anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee dengan produk lain

♡ Tiada toksik
♡ Tanpa gas beracun
♡ Tanpa bahan kimia berbahaya
♡ Tanpa bahan pewangi
♡ Lembut pada tangan
♡ pH seimbang
♡ Tanpa klorin

 

2) Dish Wash Concentrate

Handal menanggalkan minyak dan kotoran pada pinggan mangkuk dengan cucian tangan

Jika kami sering mengatakan yang pencuci wangian pinggan mangkuk kami lembut pada tangan dan mesra pada alam sekitar mungkin anda fikirkan ianya tidak mudah menanggalkan kotoran pada pinggan mangkuk anda. Tetapi percayalah anda hanya memerlukan beberapa titisan sahaja untuk menanggalkan minyak n kotoran yang melekit pada pinggang mangkuk anda!

Get Clean Dish Wash ternyata

♡ Lembut pada tangan
♡ Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan
♡ Tahan lama kerana kepekatannya
♡ Menjadikan pinggang mangkuk bersih berkilau
♡ Hanya dengan beberapa titisan sahaja dapat mencuci beberapa timbunan pinggang mangkuk di dalam sinki!

Tahukah anda?

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi sukfraktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua2 kandungan tersebut boleh merensakan kulit dan mata. Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain. 

Perbezaan Shaklee dengan produk lain
♡ Tidak bertoksik
♡ Hipoalergenik
♡ Tanpa klorinLembut pada tangan
♡ pH seimbang
♡ Tanpa bahan kimia berbahaya

 
3) Fresh Laundry Concentrate

Formula semulajadi untuk pakaian yang lebih bersih

Dapatkah anda bayangkan betapa seronoknya jika hasil cucian kelihatan putih, bersih dan berbau harum?Kini, Fresh Laundry akan memberi anda nikmat kesegaran yang lebih lagi. Rumusan enzim semulajadi ini bukan sahaja berkesan untuk membersihkan pakaian, malah juga tidak meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap bumi, Selain berbau keharuman pakaian yang dicuci, anda juga mampu menghidu udara yang bersih dan nyaman.

Tahukah anda?

Kebanyakkan serbuk pencuci mengandungi bahan perensa yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan dan mengakibatkan reaksi alahan? Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu jenis bahan perensa yang disenaraikan oleh EPA (Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Amerika) sebagai bahan berbahaya. Bersentuhan dengannya mampu menyebabkan kerensaan atau kesan terbakar pada kulit dan mata manakala sentiasa terdedah pada bahan ini pula akan merensakan hidung, kerongkong dan paru-paru seterusnya embawa kepada masalah batuk, asma atau sesak nafas. Kulit yang bersentuhan dengannya akan menjadi kering, gatal dan mengakibatkan masalah alergik kronik dan ruam. Fresh Laundry Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee

♡ Hypoalergenik
♡ Tanpa klorin
♡ Sesuai digunakan untuk semua fabrik 
♡ Tanpa bahan kimia berbahaya

 

4) Soft Fabric Concentrate

Melembutkan pakaian

Pekatan pelembut fabric jenama shaklee ini berbau harum, jauh lebih berkesan daripada produk lain dalam mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan akibat kesan statik. Dengan rumusan kepekatan tinggi, ia bukan sahaja lebih menjimatkan malah anda dapat merasai perbezaannya dengan sentuhan.

Berkepekatan tinggi iaitu 32oz berupaya melembutkan 64cucianMelembutkan, mengurangkan kedut, dan mengawal pelekat statik dengan semulajadiMudah dibawa, dituang dan disimpan

Perbezaan Shaklee

♡ Tidak bertoksik
♡ Sesuai untuk semua jenis fabrik
♡ Tanpa bahan kimia berbahaya
♡ Tanpa gas beracun
♡ pH seimbang 

Best kan produk shaklee ni..semua ye semulajadi,selamat tiada bahan racun..sangat sesuai untuk orang yang alergik pada sabun atau bahan pencuci.

Berminat boleh PM atau whatsapp saya di 019-666 1996 ID 885633

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

ViteLea Shaklee For Kids

FUNGSI VITA-LEA FOR CHILDREN

👉 melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi daripada pemakanan harian

👉 meningkatkan kesihatan secara menyeluruhmenyokong jangka hayat hati, usus dan matameningkatkan kekuatan tulang dansistem imunisasi

👉 memberikan perlindungan menentangkerosakan radikal bebasmelindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf

👉 meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat

👉 menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang

👉 membekalkan makanan kepada sel badanuntuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga

👉 mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal

👉 mencegah penyakit beguk (tiroid)

👉 meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia atau merawat anemia

👉 membantu memulihkan selera makan

👉 melancarkan proses pencernaan

👉 membantu meningkatkan kecerdasan minda

👉 membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan

👉 membantu penyerapan zat daripada makanan

ViteLea Shaklee

Sekarang nak kurus dan menyusu pun hari-hari makan, badan pun rase segar takde lesu-lesu.  Ini suplemen permulaan terbaik jika anda baru nak mencube produk Shaklee. Dan jika anda berada dalam kategori dibawah maka Vitalea Shaklee adalah satu keperluan untuk anda

.
.
Ibu mengandung / menyusu
Wanita yang sedang berpantang
Pengamal vegetarian
Perokok
Peminum tegar alkohol
Penggemar masakan panas

.
Penambah tenaga segera, mengurangkan keletihan, menambah kecergasan tubuh dan kekuatan mental ibu-ibu
Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran
Penting untuk pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, hormon dan menjaga kesihatan tiroid
Melengkapkan nutrisi bagi mereka yang sukar untuk mendapatkan diet yang seimbang atau mempunyai sakit seperti anemia, pengamal vegetarian
Membantu merangsang proses metabolisme badan
Melambatkan proses penuaan
Melindungi fungsi organ seperti hati, jantung dan buah pinggang.

.

RM88.75
PM atau Whatsapp sy 0196661996 utk sebarang pertanyaan.

Monday, 23 May 2016

Harga Caliph

Dapatkan Supplemen terbaik ini dari Pengedar Pengedar sah yang amanah menjual dengan harga pasaran yang ditetapkan.

Ingat! Membeli barangan dari penjual yang tidak amanah adalah tiada keberkatan. Keberkesanan sesuatu produk bukan pada produk tersebut, tetapi pada keberkatan dan keizinan dari Allah SWT.

Bagaimana mahu dapatkan Jus Caliph dari pengedar sah? Pengedar yang menjual dengan harga yang ditetapkan iaitu RM75.00/sebotol adalah pengedar sah Caliph Kids Supplement yang sentiasa mementingkan keberkatan berbanding keuntungan.

Jangan kerana mahu dapatkan harga murah sehingga anak anak anda tidak dapat sebarang kebaikkan.

PM atau Whatsapp 019-666 1996 (fast reply)

Kita Dilahirkan Bukan Terus Menjadi Sempurna

Assalamualaikum

❤️ Kita dilahirkan bukanlah terus menjadi sempurna tanpa ada kekurangan dan juga kesilapan dalam hidup. Jadikan perjalanan hidup kita sebagai satu langkah untuk kita berubah ke arah yang lebih baik dari masa ke semasa. Membentuk diri menjadi insan yang berakhlak mulia dan teruskan usaha Menuju Kejayaan. Insyaallah. Admin doakan segala urusan kita semua dipermudahkan Allah SWT.
Jangan lupa kt berCaliph dulu ya 
.

Whatsapp: +6019-666 1996
Mazreen Mohamad (PGR-311)


Why Confuse? Choose Caliph Kids Expert.
Jangan lupa , MAMA NAK CALIPH!

https://www.facebook.com/CaliphKidsMelaka/

https://www.instagram.com/hotchocz73/

#HotchoczMarketing #CaliphKidsMelaka
#CaliphbyHotChoCz #caliphmakanansunnah #caliph #caliphmurah#caliphkidssupplement #caliphkidsexpert #testimonicaliphfeedback#testimonicaliph #caliphmalaysia #caliphmelaka #supplements#MiaDutaCaliph #miasara #fynnjamal #caliphborong #caliphbest#CaliphMelaka #SupplementMelaka

Kita Kena Faham Dari Mana Rezeki Datang

Kita kena paham dari mana rezeki datang. .

Rata rata kita sekarang terlalu obses dengan STOKIS/SIFU/MENTOR
.

KATANYA yg menaikkan produk aku, stress jika hilang mereka ini atau mula menjaga dan mendewakan mereka melebih lebih.
.

TIDAK SALAH nak jaga mereka yg bantu kita,Yg salah adalah apabila tidak paham, mereka itu hanya asbab kepada rezeki. Yg beri rezeki itu ALLAH. Bagaimana kita melebihkan mereka sedangkan Allah pemberi utama? Dekat mereka dipuji setiap hari, dekat Allah kita lupa? Dekat mereka difikirkan macam2  strategy nak jaga hati.
Dekat Allah?
.

Kita terlalu takut hilang pembeli, sanggup bergaduh sana sini kerana 1 atau 2 pembeli yg dirampas org, kita anggap pembeli itu adalah lubuk emas. Dari mereka lah kita boleh kaya. .

Siapa yg gerakkan hati pembeli membeli dgn kita? Itulah "Allah, "saat kita bertarung dgn org lain berebut customer kita dah lupa sebenarnya yg customer itu hanya asbab.Customer itu Allah yang hantar. Nampak macam kita yang cari. .

Jom fikir,jika customer itu kita yang cari, andai strategi kita punca customer membeli. Maka kenapa ada hari sales nya bagus ada hari kurang? Semua benda mesti bersebab.
.

Semua ini adalah asbab-asbab rezeki.Namun, Pemberi Rezeki hanya satu. Iaitu Allah. .

Maka fikir kembali di mana and dekat siapa sebenarnya kita menagih sales?
Kepada asbab-asbab rezeki atau kepada pemberi rezeki? .

#tipsfelinnanadea
INSYA-ALLAH .

Apa Yang Saya Buat Untuk Merangsang Anak Bercakap ?

Apa yang saya buat untuk merangsang anak bercakap ??

  (1)  Jangan pandang rendah kebolehan baby
·         Selalu la bercakap dengan baby kita. Walaupon kita rasa macam kita bercakap sensorang,but please don't underestimate our baby. Setiap patah perkataan yang kita cakapkan kat baby tu, baby akan proses dan pada satu masa akan terluah jugak dari mulut dia. Believe me. Dulu bila nampak gamba baby kat pampers, shower gel, dan manual pump medela tu, tunjuk kat Baby dan cakap baby.. baby.. and amazingly, pada satu petang yang hening,when she's 8 months old, Baby tunjuk kat pampers dan sebut 'baby' dengan terang dan jelas tanpa dengung. Time tu rase macam nak nangis je, huhu..emosi sungguh kami suami isteri mencium baby tak henti-henti

(2)  Puji dan ulang
·         Bila anak cuba bercakap sesuatu, puji dan ulang balik apa yang anak cuba katakan. Kalau kita tak paham apa yang anak cakap, jangan asik tanya dia je, nanti anak akan kecewa sebab kita tak faham apa yang di cakapkan. Cuba teka ape yang diperkatakan dan ulang baby selalu akan menganggukkan kepala dan senyum serta berlalu pergi kalau kita ulang betul, kalau yang saya ulang tu lain dari yang dia cakap, Baby akan sebut berulang kali sampai la kita dapat tangkap dan ulang dengan betul. kalau tak dapat jugak dia akan merajuk dan marah. Jadik caranya, bila dia marah tu, pujuk dia dan suruh dia tunjuk apa yang dia nak.

(3)  Bagi Anak Pilihan
·         Kita cuba bagi anak pilihan supaya anak boleh memilih dan mengulang perkataaan yang kita cakapkan. Contohnya “Sayang ibu nak car ke bird?" sambil menunjukkan pada objek yang perlu dipilih

(4)  Bagi dengar lagu
·         Ha yang ni Baby paling suka. Tiap pagi pegi kerja nak hantar Baby pegi umah babysitter dan balik dari kerja, siap joget-joget sambil mulut terkumat kamit ikut lagu. Rasa nak cubit je mulut dia tu, HEHE.
·         Oh dan lagi satu, walaupon suara tak berapa sedap, tapi ajarlah anak kita menyanyi lagu-lagu basic contohnya "Twinkle Twinkle little star" "Buai laju-laju" dan sebagainya. Mula-mula dengar macam aneh dia nyanyi tapi melodi betul, lama-kelamaan jelas. Kan practice make perfect =)

(5)  Berbual macam kawan
·         Saya suke borak-borak dengan Baby . Ekspresi dia sangat comel. Contohnya:
·         " Baby, ibu rindu uwan la" sambil menitis air mata.
·         Nanti Baby pegi berlari mendapatkan ayah dan cakap
·         "Ayah, ibu sedih, ibu nanis (nangis)".
·         " Ha, Baby pegi pujuk ibu".
·         Sambil berlari terkedek-kedek datang kat ibu dan usap air mata ibu sambil kiss ibu "Ibu, dangan la nanis (ibu, jangan la nangis). Oh sungguh emosi sekali point ni..HEHE

(6)  Dengar dan belajar
·         Dedahkan anak kita dengan bunyi-bunyian. Contohnya :
·         *bunyi kapal terbang yang selalu kedengaran kat sekitar rumah*
·         "Baby, dengar tak? tu bunyi aeroplane"
·         Baby punya expression setiap kali dengar arahan/ perkataan baru adalah " Ha?.."
·         So kita ulang lagi
·         "Tadi tu bunyi aeroplane"
·         At first memang Baby boleh tangkap pekataan "plane" je..sebab panjang. Tapi bila dah kerap dengar dan sebut perkataan tu, lama-lama bila dengar je bunyik kapal terbang dia dah tau dah tu ape.

(7)  Bacakan buku setiap hari
·         Baby ada koleksi buku bayi yang comel, dengan bunyi-bunyian dan pelbagai lagi. Setiap hari mesti ayah/ ibu akan bacakan buku tersebut without fail. Baby pon dah tau rutin. Bila nak masuk bilik mesti akan capai satu buku yang dia nak, dan hulur pada ayah/ibu " Ayang, read book ayang" (okies memang kadang-kadang Baby panggil ayah die 'sayang' sebab dengar ibu panggil la tu (^_^")
·         Bila kita dah bacakan, suro Baby ulang balik apa objek-objek yang ada, contohnya star, cow,
·         Kalau sekali sekala tu boleh la tapi kalau sentiasa melekat je dengan gajet tersebut, that's not a good sign. Kalau anak suka sangat pada gajet, jadikan diri kita sebagai orang ketiga semasa anak tengah tengok.

·         Contohnya:
·         Anak tengok Barney so kita boleh la borak-borak, sambil tunjuk screen "Eh cantiknya barney ni, color Purple kan.." "Cuba kira ada berapa ballon tu, 1..2..3" Jangan sesekali biakan anak berdua je dengan gajet ok?

Setiap kanak-kanak perkembangannya tak sama. Jadi jangan pernah risau dan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Masing-masing punya kemahiran tersendiri. Asahlah setiap kemahiran anak yang kita nampak. Sekiranya anak mengalami speech delay (dah berusia 3 tahun ke atas masih tidak tahu bercakap), bawalah berjumpa pada yang pakar, ade treatment yang sesuai, InsyaAllah  :)