Wednesday, 25 May 2016

LIKU-LIKU PERTUNANGAN

LIKU-LIKU PERTUNANGAN.

Fasa Pertunangan ialah fasa dimana ujian cabaran dugaan bakal pengantin perlu hadapi sehinggalah detik ijab kabul lafas nikah oleh wali dan bakal suami.

Dari permulaan cabaran mencari tarikh pernikahan, faktor kewangan, kengkangan masa, persiapan majlis, gangguan emosi, tekanan daripada pihak-pihak yang bercanggah pendapat, hadirnya bekas kekasih, kejujuran, kesetiaan, keimanan, kesabaran diuji satu persatu oleh bakal pengantin.

Air mata fasa pertunangan adalah perkara biasa. Mengadulah kepadaNya. Mintalah ketenangan, kekuatan, jalan penyelesaian, kelancaran dan keyakinan untuk pernikahan ini.

Berjuanglah untuk jodoh ini. Kerana lelaki ini yang berjuang untuk  membahagiakan, berkorban macam perkara untuk sampai ke gerbang perkahwinan demi menemani sang isteri sehingga akhir hayat.

Berjuang dan selebihnya tawakal kepada Allah SWT. Betulkan niat pernikahan ini, janji Allah SWT itu pasti. Semua urusan diperlancarkan dan akan dipermudahkan sehingga lafaz ijab dan kabul.

Kredit : #tukangpalletbatupahat
#dulanghantaranpallet

Kredit gambar : Sawah Padi

No comments:

Post a Comment