Monday, 23 May 2016

Jangan Pernah Merasakan Diri Kita Cukup sempurna

Kesilapan manusia yang tidak baik sekali apabila dia merasakan dia lebih baik dari orang lain.
.
"Eleh dia tu buat kerja bukan bagus sangat, aku lagi hebat"
.
Kat sini dah nampak sifat tinggi diri. Jika kawan kita buat kerja tak bagus, tegurlah dan bimbinglah agar sama sama buat kerja bagus jangan buat dia terus rasa berkecil hati dan kita teruskan sikap tinggi diri kita. Itu selfish.
.
Jangan pernah merasakan diri kita cukup sempurna. Kita pun ada kekurangan dan jika kita rasa kita lebih hebat percayalah akan ada orang yang jauh lebih hebat. Jika kita ada ilmu sebarkanlah ilmu. Jika kita kurang ilmu, menuntutlah ilmu.
.
Bantulah agar sama-sama kita menuju ke arah kejayaan, bukannya mendabik dada seorang diri seolah olah diri sendiri sahaja hebat orang lain tidak.
.
Renungan untuk kita bersama. Mulakan hari anda dengan mengucapkan syukur Alhamdulillah dengan segala nikmat dariNya ❤️
.
#CaliphKidsExpert

No comments:

Post a Comment