Monday, 23 May 2016

7 Ubat Untuk Merawat Penyakit MALAS Belajar Kanak-Kanak

7 Ubat Untuk Merawat Penyakit MALAS Belajar Kanak-Kanak.

credit: ulampegaga.com

Pendidikan adalah satu perkara yang sangat penting untuk seorang manusia. Mana kan tidak, pendidikan adalah sebagai satu jaminan untuk masa depan yang baik [dengan izin Allah]. Semua ibu bapa mengharapkan anak mereka untuk menjadi yang terbaik di dalam kelas, rajin mengulangkaji dan berjaya dalam setiap peperiksaan. Tetapi, anak-anak bahkan merasakan pendidikan adalah perkara yang tidak penting dan beban yang tak terjamahkan oleh mereka.

Anak menganggap belajar itu adalah hal yang membosankan menyebabkan mereka tidak begitu tertarik untuk mengulangkaji pelajaran. Jika demikian, ini sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengubah sikap malas ini menjadi semangat untuk belajar. Memang tidak mudah untuk melakukan hal ini kerana anak-anak sedang memasuki dunianya yang mana bermain adalah dunia mereka.

Inilah saatnya bagi kita sebagai ibubapa untuk membimbing mereka untuk terus termotivasi dalam hal belajar. Bagaimana caranya? Cubalah langkah-langkah berikut ini:

1. MENCARI SEBAB ANAK MALAS BELAJAR

Banyak hal yang dapat membuat anak menjadi malas untuk belajar. Mencari penyebabnya akan mempermudahkan kita mengembalikan semangatnya untuk kembali belajar. Ibubapa hendaklah teliti, sabar dan bijak dalam hal ini.

2. MENGENALI KARAKTER DAN SIFAT ANAK SEMASA BELAJAR

Mengenali karakter, kebiasaan, dan sifat anak akan sangat membantu dalam memberikan bantuan yang tepat untuk anak-anak. Anak – anak memiliki caranya sendiri dalam belajar. Ada yang cepat belajar karena mendengar, membaca atau melihat dan sebagainya.

3. BERIKAN PERHATIAN KEPADA ANAK

Terkadang yang membuat anak malas untuk belajar juga berasal dari ketidakpedulian ibubapa itu sendiri. Orang tua yang terlalu sibuk sehingga anak kurang mendapat perhatian dan kasih sayang, kerana hal tersebut anak – anak cenderung berbuat apa saja dan tidak mempedulikan nasihat dari orang lain. Oleh kerana itu sesibuk apa pun hendaklah kita selalu meluangkan masa untuk anak kita. Mereka memerlukan sokongan kita, mereka memerlukan pendapat kita saat mereka menghadapi masalah di sekolah.

4. MENDISIPLINKAN ANAK DALAM MENGATUR JADUAL BELAJAR MEREKA

Biasakan anak untuk belajar pada jam – jam tertentu. Rutin adalah cara yang baik. Anda perlu bersikap tegas dan disiplin dan dalam hal ini, pengawasan dari orangtua sangat diperlukan. Mungkin pada awalnya untuk memulai belajar secara rutin itu terasa sulit tetapi jika dilakukan secara terus menerus dan konsisten anak akan mengerti bila dia harus belajar tanpa disuruh.

5. BIARKAN MEREKA BERMIMPI

Yakinkan kepada anak bahwa untuk mencapai cita-citanya maka dia harus mula membangunnya dari sekarang iaitu dengan belajar. Jelaskan kepada anak bahawa belajar memiliki peranan yang sangat penting dalam mencapai cita-citanya kelak. Jelaskanlah dalam bahasa yang mudah difahami oleh mereka.

6. CERITAKAN KISAH-KISAH INSPIRASI

Cuba untuk menceritakan kisah-kisah inspirasi orang-orang yang telah berjaya. Sekalipun penuh rintangan orang-orang ini pantang menyerah dalam kehidupan mereka dan mampu menjadi orang-orang yang berjaya pada akhirnya. Anda dapat menceritakannya saat makan malam atau sebelum anak tidur.

7. PUJI

Cara ini cukup efektif untuk memotivasikan anak untuk memiliki semangat dalam belajar. Betapa senangnya anak mendapat pujian atau penghargaan dari orang di sekitarnya atau terutama dari orangtuanya sendiri kerana berjaya dalam akademik. Dia akan merasa dihargai serta disayangi kerana usahanya.

7 tips ini kami ini adalah hasil terjemahan daripada artikel yang ditulis oleh Yobel Hermanto yang bertajuk Anak malas belajar? Gunakan jurus-jurus ini

Kredit Artikel: OhsemMama

No comments:

Post a Comment