~ Tips Mengelakkan Anak-Anak Rabun ~
Cuba tengok di sekeliling anda, berapa ramai orang yang memakali kaca mata?
Di hujung sana tu, ada anak kecil yang sedang memakai cermin mata? Comel? Memanglah kalau kecil-kecil nampak comel semuanya, tetapi masalahnya ini akan menyebabkan beberapa masalah kepada si dia.
Atau mungkin anda sendiri merupaan salah seorang daripada orang yang rabun ini. Mesti anda pernah merasa betapa teruknya hidup anda tanpa kaca mata. Kabur, semuanya kabur, semuanya tidak jelas. Cermin mata dan anda memang sangat sinonim.
Bayangkan pula, jika anak anda masuk ke asrama. Cermin matanya pecah kerana terpijak oleh rakan. Bagaimana mereka akan fokus untuk belajar didalam kelas?
Dan tentu sekali selepas diri sendiri (jika anda merupakan orang yang rabun), melalui semua kesukaran ini, anda tidak mahu anak-anak anda melalui perkara yang serupa. Kan? Jadi amalkanlah 5 tips yang kami kongsikan ini.
☆ Kurangkan aktiviti di dalam rumah yang membuatkan mata anak melihat objek yang static seperti menonton televisyen, melihat telefon pintar, computer tablet atau permainan video di televisyen. Jika membuat aktiviti tersebut, hadkan masa paling optimum sebanyak 30 minit.
☆ Galakkan anak melihat pemandangan hijau dan jauh.
☆ Galakkan anak melakukan aktiviti di luar rumah seperti bersukan, berbasikal, berenang dan memanah.
☆ Beri anak makan makanan berkhasiat yang kaya dengan karoten seperti lobak merah.
☆ Sekiranya anak membaca atau menulis, pastikan mereka duduk dalam postur tegak di kerusi dan meja yang bersesuaian. Elakkan meniarap atau berbaring untuk melakukan aktiviti ini.
Pastikan jarak buku dan mata adalah 30 cm semasa membuat aktiviti membaca.
Tips-tips yang kami kongsikan ini memang nampak klisye dan pendek. Tetapi impaknya sangat besar dalam membantu anak-anak anda supaya tidak menghadapi masalah rabun di kemudian hari.
Cubalah anda amalkan, dan sentiasalah berdoa yang terbaik untuk anak anda. Sebagai seorang muslim, kita sentiasa percaya bahawa apa yang kita lakukan cumlah ikhtiar, kita tidak pun berkuasa atas segala sesuatu yang terjadi kepada diri kita apatah lagi orang lain. Kan?
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain!
credit article : Ohsemmama.com
No comments:
Post a Comment