Monday, 23 May 2016

Macam mana Konsep Sedekah 10% Dari Stok Yang Puan Fel Amalkan?

Credit to puan Fellina

Ada yg tanya macamana konsep sedekah 10% dari stok yg kakfel amalkan?

Kenapa kena bagi stok, sebab belum jual, nanti tak laku macamna?

Sebab tu kena bagi dulu, nak didik hati kita beri , beri , beri, sebelum meminta. Kita selalu minta Allah beri rezeki tapi kita lupa nak beri dulu sedangkan Allah dah beri kita ni macam macam.

Kita asyik meminta minta, hingga kalau tak dapat kita tertekan. Sedangkan yg kita dah dapat banyak  cukuplah nikmat masih lagi kekal sbg islam. Ada kita ucap syukur?

Lagipun kita kalau beri dahulu laluan akan jd mudah nak jual. Kena yakin ja, jangan layan syaitan bisik rugi, tak berbaloi semua.

Kakfel dulu mula dengan 6 helai baju bagi free 1 ,naik 600 helai bagi free 60 now dah puluhan ribu helai dan now kakfel buat stok boleh bagi ribu helai free.

"Takkan rugi org yg bersedekah." Bagi semua harta kita pon takkan rugi...

Konsep dia jangan bagi sample sebaiknya. Sample tu hadiah,bagi terus stok yg real, niat sedekah. Kalau bermula  kecilan , bagi la satu botol dulu.

Kita nak ajar diri kita nak bagi kat orang benda yg paling kita sayang. Yg paling baik kita ada .

Sebab tu dia kena bagi stok sebelum menjual.
Bukan sample tau , Bukan juga bagi selepas hasil jualan.

Paham tak konsep ni?

Nak bagi lepas jualan pon takpa , tak dosa pon.. Cuma dah hampa tanya kakfel konsep
Kakfel ni cara kakfel....

Terima kasih puan Fel 😄😄
#tipsfelinnanadea

No comments:

Post a Comment