Tuesday, 9 August 2011

9 Hari Sudah Berlalu .. ~

Assalamualaikum..
Genap sudah 9 hari kita berpuasa. Gembiranya rasa.. Kepada yang belum lagi meninggalkan puasa sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja, TAHNIAH diucapkan. Moga kita berjaya meneruskan puasa hingga hari yang ke-29. Gambate



       Bagaimanakah permulaan puasa anda? Mesti besemangatkan?? =P


       Permulaan puasa saya kali ini (01 Ogos 2011 bersamaan 01 Ramadhan 1432 pada hari Isnin), penuh bersejarah kerana inilah Ramadhan yang pertama saya bersahur, berpuasa dan berbuka bersama suami tercinta. Ehem .. Hehee.. Alangkah bahagianya.. 


       Kepada yang telah berumahtangga, mesti terbayang-bayangkan perasaan yang pernah dilalui ketika dulu, kan, kan? =P Bahagia sangat-sangat.. =) Wahh, masih ingatkah anda ketika itu anda disuapkan oleh suami anda?? Atau anda disuapkan oleh isteri anda?? Mesranya.. Moga kemesraan itu berkekalan hendaknya.


       Pertama kali bersahur bersama pasangan kita. Itulah pertama kali kita tengok betapa kusut-masainya dia atau liat atau tidak nak bangun sahur nie? Macam-macam karenah yang sebelum nie kita tak tak tahu, nah sekarang nie macam-macam karenah yang kita pelajari. Hakikat, kita masih sayang kepada pasangan kita, seadanya. Alhamdulillah.. =)


       Kepada yang masih bujang, nantikanlah kebahagiaan anda yang akan berkunjung tiba tak lama lagi.. Saya doakan.. Usah gusar atau khuatir. Dah jodoh, takkan kemana punya .. 




       Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang penuh keinsafan, kemaafan, kebahagiaan, kegembiraan, kedamaian dan keharmonian. Sama-samalah kita mendoakannya. Insya-ALLAH .. ~



p/s :
Ketika berbuka, setiap satu suapan, iringilah dengan satu doa. Mohonlah kepada ALLAH, moga doa kita diperkenankan.. Insya-ALLAH

No comments:

Post a Comment