Thursday, 4 August 2011

~ Kita Hidup Nie Biar Penuh Dengan Kejutan ~ WOW =) Part 2

Hidup ini tak selalunya indah. Kadang kala kesedihan berkunjung dan menambahkan lagi kelukaan yang ada. Dah ada luka lagi nak ditambahkan dengan kelukaan yang lain.. Dunia.. Dunia.. Apa nak jadi nie ? .. ~








       Pentingnya ada perasa dan juga merasa. Kenapa?? Kerana, tanpanya makanan tak umphhh... Begitu juga dalam perhubungan. Kita kena ada tolak ansur dan kesefahaman. Bukan setakat itu sahaja, komunikasi juga sangat penting dalam perhubungan. Jika kita hanya mementingkan perasaan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan pasangan ataupun orang lain, maka hilanglah seri dalam perhubungan. Setujukah anda??


       Perasaan merupakan sesuatu yang unik dalam kehidupan. Gembira, sedih, happening, suka, duka, lara, cinta, kasih, sayang dan ... Setiap satunya penuh dengan misteri. Banyak maksud dan huraian. Andai kata kita boleh terjemahkan satu persatu, alangkah menakjubkan. Namun, kita hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan antara sengaja mahupun tidak sengaja. 


      Jiwa yang dulu kosong kini telah diisi dengan jodoh yang ditakdirkan oleh Maha Yang Esa. Hadiah yang sangat berharga dan kita hanya diminta menjaga pasangan kita dengan penuh keikhlasan dan penuh kasih sayang. Dan kini, bermulalah kisah di antara kau dan aku. Kau yang bernama Adam dan aku yang bernama Hawa.. Kau yang bernama Agung dan aku yang bernama Cinta..





No comments:

Post a Comment