Posted on Ogos 19, 2009 by sulaiman
“ Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah s.a.w menggalakkan qiyamullail (solah malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Dalam hadith disebut sembahyang malam dan bukannya sembahyang Tarawih. Rasulullah s.a.w telah mempercepatkan sembahyang malamnya (tahajjud) sebanyak lapan rakaat bagi memenuhi malam pada bulan Ramadhan. Pada malam-malam Ramadhan, Rasulullah s.a.w sembahyang Tahajjud sebanyak 8 rakaat selepas Isyak hinggalah hampir waktu Subuh, barulah Baginda berhenti untuk bersahur.
Sayyidina Umar bimbang umat tidak mampu melakukan sembahyang malam yang lama seperti Rasulullah, maka dilakukan Sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat (yang lebih pendek masanya) bagi memenuhi malam-malam Ramadhan. Saiyidina Umar berkata: “Amalan ini satu perbuatan bid’ah yang baik”. Namun sebenarnya ia bukanlah bidaah kerana mengikut Kitab Akidah yang besar iaitu Kitab Nibras, “Bidaah itu ialah tiap-tiap sesuatu perkara agama yang lahir selepas zaman sahabat nabi yang tiada dalil syarak”. Selain itu kita juga adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah, sunnah dari Nabi dan Jamaah itu dari para sahabat Nabi.
Sembahyang Tarawih yang telah dipilih dan diamalkan oleh jumhur ulama’ dari kalangan mazhab Syafi’i, Hanafi dan Hanbali ialah dua puluh rakaat berdasarkan amalan sahabat-sahabat Nabi dalam zaman Saiyidina Umar r.a. Dari Al-Sa’ib bin Yazid r.a, katanya: “Mereka (sahabat-sahabat Nabi) biasanya mengerjakan sembahyang tarawih dalam bulan Ramadhan – pada zaman Saiyidina Umar bin al-Khattab, sebanyak dua puluh rakaat.
Sembahyang Tarawih bermaksud rehat, kalau 8 rakaat yang laju bagaimana hendak berehat.
No comments:
Post a Comment