Kau di antara jutaan yang terindah. Namamu mekar mewangi di dalam hati. Suaramu, alunan melodi yang begitu mengasyikkan. Renungan matamu yang mendalam, menggegarkan jiwa. Sentuhan manjamu, menghangatkan malamku. Dikaulah pujaan hatiku. Bintang yang menyinari. Isteriku, juga Cintaku ..
Aku teramat bersyukur kerana dikurniakan oleh Yang Maha Esa, bidadari yang tercantik menghiasi ruang kamar ini. Akan aku menjaga sehabis baik bagi memantapkan perhubungan yang terjalin ini. Agar kau dan aku akan terus bahagia untuk selamanya.
Cinta, tanpamu aku lemah dan hilang arah tuju. Tanpamu, duniaku tidak lengkap. Hanya kehadiranmu yang mampu melengkapkan dunia ini. Aku sememangnya akui, kau teramat aku perlukan.
Sekiranya suatu hari nanti aku dengan tidak sengaja melupakanmu, janganlah dikau berputus asa terhadapku. Bimbinglah aku. Ingatkanlah aku. Kembalikan semula perasaan yang hampir terkubur di kamar ini. Moga, dengan berkat usaha dan doamu yang tidak pernah putus, aku akan kembali padamu.
TETAPI, aku berdoa dan bermohon agar aku tidak seperti itu. Agar aku sentiasa berada di sisimu tanpa jemu, tanpa lelah, tanpa keluhan. Kerana kau adalah untukku. Harapanku hati ini hanya untukmu.. Milikmu.. Isteriku, Cintaku - AKU CINTA PADAMU .. ~
No comments:
Post a Comment