Inilah kucing yang paling aku sayang sekali.. Aku jaga dia dari kecik lagi.. Sayangnyer biler Nitt da dewasa, dia hilang macam tue saje .. Sedih sangat-sangat..
Dari kecil Nitt tidur dengan aku.. Yelah, pas Nitt dah tak susu lagi, akaq aku ambil Nitt bagi kat aku. Dah lama rasanya selepas aku kehilangan kucing pertama aku.. Nitt lah kucing pertama yang aku jaga selepas kematian Oyen...
Nitt, seekor kucing yang memang garang dan comel. Dialah samseng dalam kampung Biarlah Rahsia.. Nitt kucing jantan. Haa, bila waktu mengawan, takkan nampak batang hidung dia sehari. Kalau Nitt lapar, baru ingat nak balik..
Nitt memang manja sangat dengan aku. Segarang Nitt, seliar Nitt dengan orang lain, tapi pada aku, Nitt memang manja... Mengada... Aku selalu bawak Nitt jalan-jalan. Bila dalam kereta, Nitt mesti duk kat bahagian speaker belakang tue... Aku tau Nitt takut.. Dalam takut-takut, takde pulak Nitt bising-bising.. Tetap jugak nak bawak Nitt jalan-jalan...
Pernah sekali dua, jiran sebelah ambil Nitt kurung dia dalam rumah tue.. Waktu tue malam, aku baru balik dari kerja. Aku panggil-panggil Nitt, tapi Nitt tak muncul-muncul. Selalu bila aku panggil Nitt, sekejap jk Nitt datang. Tapi malam tue Nitt tak muncul-muncul. Sedih sangat. Malam tue aku tidur keseorangan sambil memikirkan Nitt... tetau, esok pagi tue mak kater Nitt, mak nampak jiran sebelah bawak kuar dari rumah dia.. Ingat nak jek p serang jiran tue tapi takpela, janji Nitt dah ada depan mata...
Lagi, pernah sekali jiran yang sama jugak ambik Nitt nak bawak masuk dalam kereta. Masa tue aku tengah kerja. Mak kater, jiran tue nak bawak Nitt lari pergi KL. Nasib baik ada jiran lagi satu nampak. Terus dia tegur... Tak paham langsunglah dengan jiran tue. Kalau nak sangat kucing p cari sendirilahh.. Tak pun beli.. Nie, kucing kiter pulak dia nak bawak lari.. Geramnyerrr....
Satu hari tue, aku tak pasti bila, waktu aku panggil-panggil Nitt, dia tak muncul.. Aku fikir, Nitt mungkin tengah mengawan, jadi aku abaikan jek.. Bila dah lebih dari 3 hari, seminggu, sebulan.. Aku yakin, Nitt dah takde lagi. Aku sedih sangat-sangat. Andai ada yang ambil Nitt, jagalah Nitt baik-baik. Aku harap Nitt bahagia di sana... Rindu sangat kat Nitt..
Nielah, satu-satunyer gambar Nitt masa kecik..
Masa nie, Nitt tengah main-main. Suker benar Nitt main kat pokok tue.. Geramlahh.. Nitt comel sangat...
Nie maser Nitt dalam kereta.. Muka takut.. Huhuu.. Takpe.. Mummy kan ader.... =P
Nitt tengah tidur. Comel kan .. ~ Macam beruang jk ..
Nitt buat-buat mati waktu nie.. Aku panggil-panggil Nitt, Nitt tak nak respon pulak.. Huhuu...
Rindu sangat-sangat kat Nitt .. ~
Nie jek gambar yang ader.. Gambar yang aku dah burn, dah rosak... Banyak kenangan bersama Nitt dalam CD tue.. ='(
No comments:
Post a Comment