Tanpa pertemuan tiada perpisahan.. Tanpa pertemuan tiada kerinduan.. Tanpa pertemuan tiada percintaan.. Tanpa pertemuan tiada kekecewaan.. Tanpa pertemuan tiada penyesalan.. Kesimpulannya, setiap apa yang berlaku ada himahnya. Terimalah seadanya dan buatlah sehabis baik .. ~
Kau yang bernama Cinta, adalah peneman seumur hidupku yang telah ditakdirkan untuk bersatu. Bersama untuk selamanya. Kau adalah pahlawan perkasa yang sentiasa melindungiku pada setiap masa. Kau adalah segala Raja yang menemaniku pada setiap saat. Kau adalah sang suria yang menghangatkan malamku, ditemani dengan belaian kasih mesramu. Aku terpaku. Aku bersyukur kerana kau adalah suamiku. Cintaku..
Ya, ALLAH! Moga aku mampu buat sehabis baik untuk suamiku. Dialah pujaan hati. Pemberian dari Illahi. Yang paling bernilai. Terima kasih. Akan aku menjaganya dengan segaal kudrat yang ada. Moga dia bahagia di sampingku.
Cintaku.. Kau adalah keagunganku di dunia. Izinkan aku menjadi bidadari di syurgamu. Izinkan aku menghiasi ruangmu dengan penuh kasih sayang dan kedamaian. Izinkan aku bertakhta. Dan janganlah sesekali kau berpaling.
Cintaku.. Tanpamu aku hanyut. Tanpamu aku kehausan. Tanpamu aku ketandusan. Tanpamu aku terkapai-kapai. Tanpamu aku rapuh. Kaulah kekuatanku. Kesempurnaan hidupku. Kaulah cintaku. Dan aku takkan sesekali membiarkan kau pergi. Kerana syurgaku di bawah telapak kakimu. Aku takkan biarkan dikau pergi. Itu janjiku.. Selagi aku mampu berjuang, aku akan terus berjuang demi cinta kita berdua. Kita adalah satu.
Kau + Aku = ABADI ... ~
Kau + Aku = ABADI ... ~
No comments:
Post a Comment