Thursday, 11 August 2011

Berikanlah Aku Petunjuk .. ~


Ya, ALLAH! Ya, Rahman! Ya, Rahim! Kau ampunilaah dosaku yang telah ku perbuat. Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas. Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal. Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan. Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista. Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranmu. Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan...

Ya, ALLAH! Sekiranya suami atau bakal suamiku ini adalah pilihanMu di Arashy, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. Sekiranya dia adalah suami yang akan membimbing tanganku di titianMu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Sekiranya dia adalah bidadara untukku di JannahMu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. Sekiranya dia adalah yang terbaik untukku di duniaMu, peliharalah tingkahlaku serta kata-kataku dari menyakiti perasaanya. Sekiranya dia jodoh yang dirahmati olehMu, berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya...

Tetapi Ya, ALLAH! Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu, limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. Sekiranya suamiku tunkduk terhadap nafsu yang melalaikan, kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkan keadaanya. Sekiranya suamiku menyintai kesesatan, Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena. 

Ya, ALLAH! Kau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Kau juga Yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlajuranku. Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai. Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai mukmin, Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu. Sekiranya aku engkar dan derhaka, berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu. Ya, ALLAH! Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu. Aku buta tanpa bimbinganMu. Aku cacat tanpa hidayahMu. Aku hina tanpa rahmatMu. Ya, ALLAH! Kuatkan hati dan semangatku. Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu...

Ya, ALLAH! Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami. Bukakanlah hati untuk menghayati agamaMu. Bimbinglah aku menjadi isteri yang solehah. Hanya padaMu Ya, ALLAH, kupohon segala harapan. Kerana aku pasrah dengan dugaanMu. Kerana aku sedar hinanya aku. Kerana aku insan lemah yang kerap keliru. Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu. Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranmu. Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu. Ya, ALLAH! Ya, tuhanku, aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, isteri yang dikasihi, isteri yang solehah, isteri yang sentiasa dihati...


Amin, amin ya rabbal allaminn...



No comments:

Post a Comment