Saturday, 6 August 2011

~ Kita Hidup Nie Biar Penuh Dengan Kejutan ~ WOW =) Part 3

Kau dan aku adalah antara jutaan pasangan yang ingin menempuh ke jalan kebahagiaan. Di mana sepanjang perjalanan itu terpaksa kita melalui liku-liku kehidupan, suka duka pengalaman, ujian, dugaan, cabaran dari Yang Maha Esa dan adakalanya dari perangai manusia itu sendiri. Adakah kau dan aku akan berjaya?



Kau dan aku - Masih mampukah kita bertahan selepas selesainya satu masalah, timbul pula masalah yang lebih hebat. Mampukah kita mengawalnya? Mampukah kita mengatasinya? Dan masih mampukah kita meredhainya?

Sesungguhnya, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Moga kita berdua bersama dalam mengharunginya. Moga kita saling berkomunikasi bagi memahami apa jua masalah yang melanda. Moga kita berdua berjaya mengatasi segala masalah yang melanda bagi menjamin masa hadapan yang penuh kedamaian .

Sememangnya, kau dan aku telah diciptakan untuk bersama berdua, dunia akhirat. Selagi jodoh itu masih ada, selagi itulah kau dan aku akan bertahan bagi menjamin masa hadapan yang penuh kebahagiaan..


No comments:

Post a Comment